Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ris] | هيريس

Definisi : (se)potong nipis; se~ daging; menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati; menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau; terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu; hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil meng­hiris: ~ bawang itu ditumis; penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ris] | هيريس

Definisi : potongan (daging dll) yg tipis-tipis; penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong tipis-tipis: se~ daging. menghiris 1 memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2 = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupa­kan peristiwa yg ~ hatinya itu. menghiriskan 1 menggunakan sesuatu sbg alat utk menghiris: Ia ~ mata pedang pd pelepah pisang itu. 2 menghiris utk orang lain: Saya ~ dia bawang. terhiris 1 terpotong atau terkerat sedikit. 2 ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. hirisan sesuatu yg telah dihiris: Dia memasukkan ~ daging itu ke dlm periuk. penghiris 1 orang yg menghiris. 2 alat yg digunakan utk menghiris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiris
Kata Terbitan : menghiris, terhiris,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009

Kembali ke atas