Tuan, saya ingin mengetahui apakah perbezaan antara perkataan2 berikut : 1. Hiruk piruk 2. Hiruk pikuk Terima kasih | Sdr. untuk pengetauan sdr. yang saya jumpa dalam kamus hanyalah hiruk pikuk dan tidak ada hiruk-piruk.Terima kasih | Tatabahasa | 11.09.2007 |
maksud hiruk-pikuk? | Saudara Muhammad Farhan, Perkataan hiruk-pikuk bermaksud keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk. Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.01.2010 |
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabut | Jawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk hiruk+pikuk">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
suasana pasar pada pagi ahad itu_______________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempeti | B. Hiruk-pikuk. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Suasana pasar pada pagi Ahad itu ________ dengan suara penjual dan pembeli yang tawar-menawar. A.kucar-kacir B.hiruk-piruk C.kacau-bilau D.gegak-gempita | Hiruk-pikuk.T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik | Saudara, Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tq | Hingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.07.2011 |
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih. | Salam sejatera, Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).' | Tatabahasa | 02.12.2012 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan "banyak" dan "ramai" untuk orang. Kalau mengikut tatabahasa yang saya pelajari dahulu, banyak adalah untuk benda, ramai untuk orang, tetapai sekarang saya diberitahu banyak juga boleh digunakan untuk orang. Minta penjelasan. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, maksud 'banyak' ialah bukan sedikit, tidak sedikit:contoh ayat banyak orang yg mempunyai cita-cita tinggi. 'ramai'. Maksud ramai pula ialah riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ramai, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ramai.Oleh hal yang demikian, kedua dua perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 30.06.2009 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |