Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkira­an terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung; terkira; terhitung (jumlahnya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisab
Rujuk :hitung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih

         Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu.

 

Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

 

Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa  istilah Melayu sudah kearaban.

 

 

Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan.

Lain-lain12.03.2013
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu?Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat.

Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih.

Tatabahasa09.05.2013
kepada soalan mengapa perlunya peminjaman bahasa asing di masukkan ke dalam bahasa melayu..saya memerlukan artikel atau sesuatu bukti melalui buku atau bahan bacaan lain..terima kasihPeminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.Lain-lain05.10.2006
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll.Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu.

Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel).  

Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa14.03.2013

Kembali ke atas