Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.sap] | هيسڤ

Definisi : ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (meng­ambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihi­sap; ~ jempul ki berita atau karangan yg di­reka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) meng­hi­sap, penyedutan; 2. ki pemerasan, peme­rahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penu­lis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.sap] | هيسڤ

Definisi : ; menghisap menarik minum­an, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,

Puisi
 

Hisap rokok dalam kelambu,
     Terbit asap menjadi abu;
Saya umpama golok kayu,
     Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dia sering mengalami masalah kewangan kerana cara anaknya berbelanja ibarat....? apakah peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas?Peribahasa yang sesuai ialah 'diperbesar isap(hisap), hitam bibir. Rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussaian.Makna29.04.2009
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasihUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut.Istilah15.02.2012

Kembali ke atas