Assalamualaikum... Saya perlukan kepastian untuk terjemahan perkataan mass hysteria. Di pangkalan data prpm diberikan sebagai histeria massa dan histeria am. Mana satukah yang betul? Saya temukan di http://www.beritaharian.sg/dunia/lebih-50-pelajar-guru-alami-histeria-di-sekolah-di-kelantan menggunakan "histeria beramai-ramai". Yang ini lebih difahami bagi saya orang awam berbanding yang prpm berikan. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Penggunaan histeria massa (bidang perubatan) dan histeria am (bidang pendidikan) boleh digunakan untuk bidang berkenaan. Jika untuk penerangan kepada orang awam, histeria beramai-ramai boleh diterima. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 06.07.2017 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih. | Soalan 1, jawapannya (b) dalam Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya. Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
| Tatabahasa | 17.05.2018 |