Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp disukai ramai (bkn lagu dsb), popular: lagu-lagu ~ masa kini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk Kamus, Hit adalah disukai ramai. Manakah yang betul: "Anugerah Pencapaian Hit Tertinggi" atau "Anugerah Pencapaian Hits Terkini" (ada "s"). Mohon penjelasan segera. Terima kasih. Hanisah

Puan Hanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Jika puan merujuk kamus, ada huruf bp yang digunakan, ini bermaksud perkataan tersebut ialah bahasa percakapan, jadi dalam urusan rasmi kita tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Cadangan kami puan boleh tukarkan perkataan tersebut kepada lagu popular sekiranya ia melibatkan lagu atau terunggul. Jadi puan boleh gunakan Anugerah Pencapaian popular atau pencapaian terunggul. Tetapi sekiranya puan masih mahu menggunakan perkataan Hit ia mestilah ditambah huruf s dan perkataan tersebut hendaklah diicondongkankan.Terima kasih.

Istilah10.06.2009
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan.Tidak boleh. Sebagai contoh ayat:  Pengguna boleh memuat  turun  melebihi  20 kelas muzik yang  menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal.Makna21.03.2018
Salam. Apakah frasa BM yang sesuai untuk "speaking circuit" dalam contoh ayat berikut Just like most politicians, presidents don't endure the rigors of the campaign trail and put up with life as the most scrutinized leader in the world for the money. The cash really starts rolling in when our commanders-in-chief leave the White House and hit the speaking circuit. Terima kasih.Tidak ada padanan speaking circuit dalam pangkalan data kami. Berdasarkan semakan kami, agak sukar untuk mencari padanan bagi istilah berkenaan dalam satu atau dua perkataan, melainkan dibuat huraian bagi konsep sebenar yang berkaitan speaking circuit dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2017

Kembali ke atas