Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.tung] | هيتوڠ

Definisi : perihal membuat kira-kira (mem­baha­gi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), mem­bilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya di­hitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghi­tung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira be­rapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal peng­undi menjelang pilihan raya; 2. menyele­saikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, mem­beri perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: pe­tualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. me­rundingkan sesuatu dgn teliti, memper­timbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm per­kiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (me­ngira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id me­ngira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pe­kerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pen­dapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkah­winan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.tung] | هيتوڠ

Definisi : ; ~ panjang hasil drpd mencampurkan beberapa kuantiti nombor dan membahagikan jumlahnya dgn bilang­an kuantiti itu; pukul rata; rata-rata: ~ panjang 2, 4 dan 9 ialah 5. berhitung membuat kira-kira; berkira-kira. menghitung 1 mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2 berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. menghitungkan mengira atau menghitung utk orang lain: Dia ~ adiknya jumlah guli yg ada dlm gelas itu. memperhitungkan ingat akan atau memikirkan sesuatu: Hal itu tidak perlu diperhitungkan. terhitung 1 dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2 sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3 termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. hitungan hasil yg didapat drpd menghitung; cara menghitung: ~nya tepat. perhitungan hal berhitung atau hasil memper­hitungkan; perkiraan. penghitungan hal atau perbuatan menghitung; pengiraan. penghitung alat utk menghitung; orang yg menghitung; pengira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tebang tebu Sungai Rengit,
     Tujuh batang sembilan buku;
Cuba hitung bintang di langit,
     Tujuh laksa sembilan ribu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kiraPerkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna05.01.2007
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasihIstilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.  Istilah25.04.2010
Tuan, 1) mengapakah kata dasar taksir boleh menerima imbuhan pe- dan pen- dengan makna yang sama? Dalam K/Dewan Ed 2 ada entri penaksiran dan Ed 4 ada kata penaksiran dan pentaksiran. 2) Adakah akronim halaju terbit darpada hal laju atau had laju? Terima kasih.1. Perkataan taksir ialah homonim, perkataan yang sama tetapi berbeza makna. Taksir yang pertama membawa maksud lalai menerbitkan kata mentaksirkan, manakala taksir yang kedua membawa maksud hitung atau kira menerbitkan kata menaksir, taksiran, penaksiran dan penaksir.
2. Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju.
Tatabahasa04.03.2012
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011

Kembali ke atas