Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.tu.ngan] | هيتوڠن

Definisi : 1. hasil drpd menghitung (me­ngira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id me­ngira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pe­kerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pen­dapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkah­winan dilangsungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.tu.ngan] | هيتوڠن

Definisi : hasil yg didapat drpd menghitung; cara menghitung: ~nya tepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tidak masuk buku.

Bermaksud :

Tidak termasuk dalam hitungan (= perkiraan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
Salam tuan, Apakah perbezaan antara a) mengajar b) mengajarkanMengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada: mengajar orang menggunakan senjata; manakala mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), atau memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya): siapa mengajarkan hitungan yg sesulit ini.Makna27.02.2010

Kembali ke atas