Nak tanya soalan di bawah ini kalau kita pilih jawapan "molek" boleh diterima?Mengapa? Pakaian yang dipakai oleh pasukan koir sekolah Salina itu sungguh _________ . A) comel B) hodoh C) molek D) cantik | Molek bermaksud cantik, bagus atau elok. Kata molek boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tq | Perkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam 2. Deria pandang - cantik dan hodoh 3. Deria dengar - bising dan garau 4. Deria bau - harum dan busuk 5. Deria sentuh - halus dan keras Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Bagaimana cara menulis akronim dengan betul bagi nama agensi yang akronim rasminya adalah dalam bahasa Inggeris. Saya lihat akhbar mengejanya dengan meletakkan akronim bahasa Inggeris itu selepas nama agensi tanpa menulis nama agensi itu dalam bahasa INggeris terlebih dahulu seperti "Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)". Adakah cara itu betul? Agensi saya menulis begini; "Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency (MQA))" yang mana saya rasa tidak perlu, apatah lagi dengan dua tanda tutup kurungan yang - oleh kerana ia agak hodoh - digantikan dengan tanda koma dan menjadi begini "Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)" yang saya rasa punya kesalahan daripada segi gaya. Mohon nasihat tuan/puan. Terima kasih. | Akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sebagai satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk akronim; pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim. Sehubungan dengan itu, akronim sepatutnya dibina berdasarkan pola yang betul. Berkenaan akronim yang ditulis akhbar bahasa Inggeris, itu di luar bidang kuasa kami. Apa yang pihak kami boleh buat, hanya membuat teguran atas kesilapan yang telah dilakukan. Selebihnya, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Berkenaan masalah yang pihak tuan hadapi, mungkin tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan, halaman 75-76 kerana di dalamnya ada diterangkan kegunaan tanda kurung dengan lebih terperinci. | Tatabahasa | 05.11.2015 |