| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Home state"? Contoh ayat: Which is your home state? Terima kasih. | Kami tiada padanan khusus bagi istilah home state dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat home town yang bermaksud kampung halaman. Kami mencadangkan negara asal bagi istilah home state. | Istilah | 25.04.2013 |
| Apakah terjemahan lain yang boleh digunakan untuk "home town" bagi perkataan "home town heroes"? Adakah terjemahan terus "wira kampung halaman" menjadikan ianya terjemahan yang janggal bagi sesebuah tajuk? | Mohon puan jelaskan konsep penggunaan perkataan "home town" untuk kami berikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Makna | 28.08.2023 |
| Assalamualaikum, Boleh saya tahu apakah istilah yang sesuai bagi perkataan 'home' dalam ayat "Navigation bar items can be added to the current set (Home, About, User Home, etc.) that appear at the top of the page." dan istilah plugin bagi ayat "The PDF file you selected should load here if your Web browser has a PDF reader plugin installed (for example, a recent version of Adobe Acrobat Reader.)"? Terima kasih | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah homepage yang diberikan padanannya ialah laman utama dan laman. Istilah yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi perkataan home ialah utama dan plugin ialah palam. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=homepage&d=69812&#LIHATSINI untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.04.2019 |
| home theater | teater rumah | Lain-lain | 17.06.2008 |
| IMPRESS HOME FURNISHING | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan bagi gegantung/kain rentang?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung/kain rentang anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 29.11.2017 |
| Assalamulaikum, untuk pengetahuan pihak tuan, saya sedang dalam proses menghantar draf manuskrip akhir kepada editor DBP. Tajuk buku adalah Home Schooling: Aplikasi dan reality. Saya dicadangkan oleh editor untuk menukar perkataan Home Schooling ke dalam bahasa Melayu. Tolong cadangkan terjemahan yang betul mengikut pandangan pihak DBP. | Istilah Home Schooling masih tidak ada dalam pangkalan data kata. Cadangan daripada pihak kami istilah yang sesuai bagi Home Schooling ialah bersekolah di rumah | Istilah | 17.02.2016 |
| "Cozy Craft Home Collections" dalam bahasa melayu untuk papan iklan Terima Kasih. | Koleksi Kraf tangan Cozy. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2014 |
| Translation kepada Home Theatre System | Padanan terjemahan dalam bahasa Melayu ialah Sistem Teater Rumah. SEkian, terima kasih. | Lain-lain | 07.07.2003 |
| Apakah terma yang betul untuk home financing? | Kami mencadangkan "home financing" diterjemahkan sebagai "pembiayaan rumah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 22.06.2022 |
| Hi, "home page" itu hompej, halaman utama, atau halaman rerumah? | Padanan kata bagi home page ialah laman. | Istilah | 06.08.2007 |