HOMESTAY | PELANCONGAN DESA | Istilah | 09.02.2011 |
istilah "homestay" | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah Inap Desa. | Istilah | 23.02.2011 |
MAKSUD HOMESTAY DAN HOTEL. APAKAH HOTEL DAN HOMESTAY SAMA MAKSUD? | Kata homestay ialah kata bahasa Inggeris, manakala kata hotel alah kata pinjaman telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Untuk memperoleh makna kedua-dua kata tersebut, anda boleh merujuk prpm.dbp.gov.my atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat terkini berkaitan kata dalam bahasa Melayu. | Makna | 14.10.2024 |
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay? | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesan | Homestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa. | Istilah | 18.06.2012 |
Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih. | Padanan bagi homestay ialah inap desa. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Apakah terjemahan bagi "Homestay"? | Padanan "homestay" dalam bahasa Melayu ialah inap desa. | Istilah | 07.01.2025 |
Apakah terjemahan untuk "homestay"? Adakah "rumah tumpang"? Bagaimana pula dengan terjemahan bagi "guesthouse"? Adakah "rumah tamu" boleh diterima? | Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat untuk homestay ialah “inapan keluarga”. Manakala padanan terjemahan guest house yang diberikan adalah betul iaitu “rumah tamu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2022 |
Bolehkah saya terjemahkan "homestay" yang merujuk kepada rumah sewa/tumpangan untuk beberapa hari sebagai "rumah inap". Manakala, jika ia merujuk pada program pelancongan yang mempunyai atur cara tertentu di sesebuah perkampungan tertentu; dan pengunjung menetap di rumah penduduk di perkampungan tersebut, terjemahannya ialah "(program) inap desa"? | Penggunaan istilah rumah inap untuk istilah Inggeris, homestay boleh digunakan dalam konteks ini. | Istilah | 02.11.2022 |