salam sejahtera, apakah padanan terjemahan bagi ayat ini "first degree homicide"? Adakah ia boleh diterjemahkan sebagai pembunuhan kelas pertama? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "first degree homicide" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "homicide" yang padanan bahasa Melayunya ialah homisid. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah homisid darjah pertama. | Istilah | 03.05.2013 |
Apakah perkataan/istilah yang boleh menggantikan “bunuh diri” Saya sering menjalan program pencegahan bunuh diri di hospital saya. Dan frasa “bunuh diri” amat tidak disenangi penggunaannya. Jika tiada istilah, saya ingin mencadangkan perkataan “swasid”, kerana swa merujuk kepada diri sendiri seperti swalayan & sid merujuk kepada bunuh seperti homisid | Padanan bahasa Melayu yang telah dipersetujui seperti yang terakam dalam kamus untuk perkataan "suicide" ialah bunuh diri. Setiap padanan dan penggubalan istilah telah dipersetujui oleh jawatankuasa istilah bidang tertentu. Penukaran istilah perlulah melalui proses penyelidikan, pengumpulan korpus dan pembentukan istilah baharu berdasarkan beberapa ketetapan. Namun, terima kasih atas cadangan tuan. | Lain-lain | 03.09.2021 |