APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 26.08.2008 |
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)" | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada: Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2020 |