Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.no.ra.rium] | هونوراريوم

Definisi : sagu hati yg dibayar sbg membalas jasa (kpd pengarang dll): ia mendapat ~ sebanyak RM100. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.no.ra.rium] | هونوراريوم

Definisi : wang dll yg diberikan kpd seseorang utk membalas jasanya: Dia mendapat ~ sebanyak dua ratus ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata honorarium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak DBP sama ada penulis yang karyanya dipilih sebagai karya untuk teks KOMSAS Tingkatan 4 akan menerima sebarang honorarium/royalti ataupun tidak. Ini kerana karya saya telah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan 4 bagi Tahun 2010. Atas maklumbalas pihak DBP berhubung perkara ini amatlah dihargai.Karya yang dipilih untuk teks KOMSAS akan dibayar honorarium/royalti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui penerbit yang berkenaan.Lain-lain06.07.2010
Berapakan royalti/insentif untuk penulisan artikel bagi majalah umum dan pendidikan .Bagi rencana umum, kadar honorarium ialah RM300 setiap rencana.Lain-lain05.05.2008
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
Saya ingin menyumbangkan hasil penulisan saya kepada pihak DBP dan saya ingin tahu tentang jenis-jenis penulisan serta bayaran yang diberikan. Terima kasih.

Jenis penulisan - penulisan dibuat untuk buku umum, buku ilmiah, buku sokongan, majalah, dan entri indeks ensiklopedia. Bayaran untuk buku kebanyakannya dibuat dalam bentuk royalti. Manakala untuk majalah dan ensiklopedia dalam bentuk honorarium. Bayaran dibuat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh DBP. 

Lain-lain07.01.2008
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini?Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Sekiranya tuan masih menuntut di IPT, tuan boleh menghantar karya kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta atau Dewan Budaya mengikut tema majalah masing-masing. Dewan Pelajar dikhususkan untuk pelajar yang berusia antara 7 hingga 13 tahun. Ya, sajak atau puisi tuan yang diterbitkan akan dibayar honorarium.Lain-lain03.05.2012
Assalamualaikum, Saya Kapten Ali Mohamad, Pegawai Media di Bahagian Perhubungan Awam TUDM. saya ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat dari pihak tuan berhubung dengan penerbitan buku berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pejabat saya telah menerima permohonan dari seorang individu yang berhasrat untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku berkaitan kerjaya dalam pasukan TUDM. Penulis berkenaan telah memohon kebenaran dari pihak TUDM bagi menerbitkan buku tersebut. Untuk makluman pihak tuan, pengisian/kandungan buku tersebut adalah menjurus kepada maklumat/informasi yang ingin disampaikan kepada pembaca berkenaan kerjaya dalam TUDM yang boleh disertai oleh masyarakat malaysia. Kos penerbitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak TUDM ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan khususnya berkaitan perundangan, hak dan royalti bagi penerbitan buku tersebut.Lazimnya penerbit akan menyediakan suatu kontrak dengan penulis yang akan memperturunkan segala syarat dan terma penerbitan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan. Kontrak atau perjanjian ini hendaklah dipersetujui bersama (penerbit dan penulis), ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disetemkan agar menjadi suatu dokumen yang sah dari segi undang-undang.

Hak dan tanggungjawab penulis dan penerbit akan termaktub di dalam kontrak yang disediakan.

Setiap buku atau karya yang diterbitkan akan diberi ganjaran oleh penerbit sama ada dalam bentuk honorarium atau bayaran royalti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh penerbit yang berkenaan. Kadar peratus royalti untuk penulis dan kaedah bayarannya tertakluk pada dasar penerbitan penerbit tersebut.
Lain-lain16.10.2013
Bolehkan saya menghantar karya seperti sajak,pantun dan syair saya ke sini?Adakah saya akan mendapat apa-apa ganjaran?Apakah alamat surat-menyurat untuk menghantar karya saya?

Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya karya saudara adalah untuk bacaan dewasa.  Jika untuk tatapan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Karya tersebut sama ada sajak, pantun, atau syair mestilah dalam bentuk manuskirp yang jumlahnya tidak kurang daripada 100 buah untuk sajak.  Manakala syair dan pantun bergantung pada tema, setiap tema pantun mestilah tidak kurang daripada 500 rangkap pantun dan syair pula tidak kurang daripada 150 halaman untuk setiap syair. 

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara tidak berhajat untuk menerbitkannya dalam bentuk buku.

 Setiap karya yang dipilih untuk diterbitkan dalam bentuk buku, akan diberikan ganjaran dalam bentuk royalti, manakala jika disiarkan dalam majalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akan diberikan ganjaran dalam bentuk honorarium.

Lain-lain29.05.2010

Kembali ke atas