Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB 1. ketua, lurah; 2. = hop-daktur bp ketua pengarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off".Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda.  Istilah25.12.2016
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ?Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya:
a) android: android
b) hip-hop: hip-hop
c)punk: rock punk

Sila rujuk halaman PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.

iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih).
Makna07.12.2018
Assalamualaikum, "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang membuat persembahan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Jadi, bolehkah tuan/puan cadangkan terjemahan bagi "spoken word artist"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "spoken word artist" ialah "penglipur lara".Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Terima kasih atas maklum balas tuan/puan. "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang memsembahkan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Harap maklumat ini dapat membantu. Terima kasih banyak.Mohon pihak tuan/puan mengemukakan soalan dengan jelas. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasihUntuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus.Istilah29.12.2014
Merujuk kepada jawapan yang diberikan sebelum ini bahawa istilah rapper tiada dalam data DBP, jadi apakah istilah yang kini digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang melakukan muzik rap? Terima kasih.

Berdasarkan semakan dalam data DBP, sehingga kini belum ada lagi istilah rapper. Namun begitu, Istilah “rap” telah pun ada dalam Kamus Seni Muzik terbitan DBP. Dalam Kamus tersebut rap ialah naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip hop yang muncul dalam masyarakat  orang kulit hitam pada tahun 1970-an. Berkemungkinan rap diambil dari istilah rapper. Oleh itu, kami mencadangkan istilah rap boleh digunakan di Malaysia.

Istilah24.05.2017

Kembali ke atas