ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih. | Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. | Lain-lain | 09.10.2018 |
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. | Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Soalan bagi persuratan : Adalah dengan segala hormatnya (atau) Dengan segala hormatnya Mohon pandangan. Terima kasih | Binaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara". Oleh sebab itu, ayat yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...". Adalah ialah kata pemeri yang hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan tidak pada permulaan ayat. | Tatabahasa | 29.01.2014 |
(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Soalannya; Yang mana satu Ayat yan betul atau yang lebih baik? | (1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Kedua-dua ayat ini kurang tepat, ayat yang tepat ialah 'Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas'. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
Dalam penulisan surat, yang mana satu betul? "Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan ..." atau "Saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ..." | Encik Yahaya, jawapan yang betul ialah - Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan , atau Dengan segala hormatnya surat tuan.......................... dirujuk. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
1.Bagaimana cara menulis singakatan Yang Berbahagia ? Adakah Y.Bhg. atau YBhg. 2. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk atau Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk ( Yang mana betul) Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg. 2. Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk", tetapi lazimnya kita menggunakan ayat "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Tatabahasa | 09.11.2010 |
"Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki" atau "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk"? | Kedua-dua frasa itu betul, namun yang biasa digunakan ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Tatabahasa | 22.02.2013 |
"Dengan segala hormatnya saya merujuk pada perkara di atas" atau "Saya dengan segala hormatnya merujuk pada perkara di atas"? | Ayat yang gramatis, dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Ayat A - Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Ayat B - Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. Ayat A atau Ayat B yang betul? | Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk". | Lain-lain | 01.03.2010 |