Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hos.pi.tal] | هوسڤيتل

Definisi : tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dll, rumah sakit; ~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hos.pi.tal] | هوسڤيتل

Definisi : tempat merawat orang sakit; rumah sakit: Orang yg cedera itu telah dirawat di ~ Kuala Lumpur. ~ gila hospital tempat merawat orang sakit otak. ~ tibi hospital tempat merawat orang yg menderita penyakit tibi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hospital (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rumah sakit, wad, sanatorium, klinik, dispensari, institut, infirmari.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi - kesihatan - hospital swasta

Kata kesihatan adalah daripada kata sihat yang mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal sihat,kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll.).

Hospital swasta bermaksud hospital yang ditadbir dan diurus oleh pihak swasta,iaitu bukan milik kerajaan.

Makna26.01.2008
Ejaan bahasa Malaysia ditulis dengan huruf kecil b pada perkataan bahasa dalam kontes umum yang merujuk bahasa, huruf besarnya hanyalah Malaysia yang merupakan nama khas. Contoh lain: bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Cina yang ditulis dengan huruf kecil pada perkataan bahasa. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran di sekolah, Bahasa Malaysia ditulis dengan huruf besar. Jawapan di atas diberikan oleh pihak DBP tetapi persoalannya kenapakah perkataan hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh dan bukannya hospital Ipoh walaupun konteksnya juga sama sperti di atas

Ejaan untuk hospital Ipoh dieja sebagai Hospital Ipoh (bukan hospital Ipoh) kerana huruf besar digunakan sebagai huruf pertama bagi nama institusi. Contoh lain Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dll.

Ejaan Hospital Ipoh tidak sama konteksnya dengan ejaan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bahasa.  Dalam konteks ini, bahasa menjadi kata umum, manakala kata Melayu ialah kata nama khas.

Tatabahasa20.12.2010
Please advise the malay translation for below: 1) Hypoallergenic 2) Remote control in hospitalPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:
1. hypoallergenic - hipoalergenik . Maksud perkataan ini dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah "tidak menimbulkan alahan".
2. remote control in hospital - kawalan jauh di hospital
Istilah19.03.2013
Ayat :Pelajar itu membawa surat pengesahan sakit daripada Hospital Sultanah Bahiyah. Soalan : penggunaan kata sendi daripada dalam ayat tersebut betul atau salah. Jika betul, kenapa tidak dari kerana hospital merupakan tempat?Ayat yang betul ialah pelajar itu membawa surat pengesahan sakit dari Hospital Sultanah Bahiyah.Tatabahasa13.04.2010
SEBUTAN HOSPITALHOS-PI-TALLain-lain06.12.2010
Unit Rekod Perubatan Pengarah HospitalMedical Records Unit Hospital DirectorLain-lain29.05.2007
Wilson menerima panggilan dari/daripada hospitalWilson menerima panggilan daripada hospital.Tatabahasa17.07.2012
Sudah tiga hari Sofea keluar dari/daripada hospital dan berehat di rumah. Tuan, dari atau daripada?Sudah tiga hari Sofea keluar daripada hospital dan berehat di rumah.Tatabahasa29.06.2012
Nama tempat 'Klang atau Kelang' ke yang betul. Contoh :- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Kelang ?Ejaan yang betul ialah Klang. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Ejaan28.03.2008
Sila rujuk lampiran. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Terima kasih.

1.   Hospital ialah sebuah tempat pesakit diberi jagaan. Hospital juga tempat pesakit mendapat rawatan perubatan, pembedahan dan lain-lain.

2.   Ruang tamu ialah tempat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga.

Tatabahasa10.01.2012
1234

Kembali ke atas