Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mempunyai pertanyaan bagi terjemahan perkataan Sectional hostel dan Corridor hostel | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Sectional hostel ialah hostel berbahagian dan Corridor hostel ialah hostel koridor. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.01.2021 |
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotel | Maksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotel | Makna | 22.08.2007 |
Saya ingin pencerahan tentang penggunaan bahasa. Nama hostel dalam bahasa Inggeris ialah The One Co-living Space. Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, bolehkah dikekalkan beberapa perkataan Inggeris seperti Ruang Inap Co-Living The One? Untuk makluman, The One adalah nama khas yang dirujuk kepada nama pengusaha/syarikat iaitu The One Academy. | Kami mencadangkan padanan “Ruang Kongsi The One” atau “Ruang Guna Sama The One”. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2023 |