Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hot

Peribahasa

431

A scalded cat fears hot water

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekali tersengat, selalu beringat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months . A scalded cat fears hot water.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekali tersengat, selalu beringat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terus dengarkanlah Radio 24 atau teruskan mendengar Radio 24? Dengarkan kami di Hot FM atau dengarlah kami di Hot FM? Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan, iaitu terus dengarkanlah Radio 24/Hot FM atau teruskan mendengar Radio 24?Hot FM. Bagi perkataan dengarlah, partikel lah digunakan untuk menguatkan maksud atau pengertian "dengar".Tatabahasa26.04.2012
Adakah terma 'laku keras' diterima pakai oleh DBP yang membawa maksud 'hot-selling'?"Hot-selling" sesuai dipadankan dengan perkataan jualan hebat. Frasa "laku keras" tidak tergolong dalam bahasa standard.Makna09.05.2020
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017
Saya Ada kedai Makan.. untuk Papan Tanda Dewan Bahasa Tidak luluskan Perkataan Sizzling Hot Pate.. Dewan Bahasa Minta tukar Kepada Masakan Panas Berdesir.. ADAKAH Ada Nama lain yg boleh di gunakan untuk Sizzling Hot Plate Yee Mee.. lagi Berkenaan Nasi Clay Pot diminta gunakan Nasi Belanga..

“Masakan panas berdesir” ialah terjemahan yang betul bagi “sizzling hot plate” dan “nasi belanga” ialah terjemahan yang betul bagi “nasi clay pot”.  “Sizzling hot plate yee mee” pula diterjemahkan sebagai “masakan yee mee panas berdesir”.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

Makna06.06.2025
Apakah cadangan istilah untuk perkataan 'hot pot' dalam masakan atau nama hidangan? Contohnya: Single Hot PotPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah satu periuk makanan panas atau satu bekas makanan panas.Istilah29.09.2016
menterjemahkan BI ke BM:hot chilli creamy coconut paste = pes masak lemak cili padi. betul ke?Padanan bahasa Melayu untuk hot chilli creamy coconut paste ialah pes masak lemak cili padiMakna10.03.2025
Adakah perkataan lasagne dan hot dog perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Merujuk kepada prpm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah sasar bagi istilah lasagne ialah lasagne manakala hot dog pula istilah sasar yang boleh kami cadangkan ialah sosej dalam bahasa Melayu yang lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2015
istilah bahasa melayu jenis kertas cat air (lukisan) 1.cold press paper 2.soft press paper 3.hot press paper

Tidak ada padanan bagi istilah tersebut dalam sumber rujukan kami. Mengambil contoh istilah hot press yang diberi padanan cetak panas, kami mencadangkan padanan bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut: cold press paper = kertas cetak sejuk, soft press paper = kertas cetak lembut dan hot press paper = kertas cetak panas.

Istilah05.09.2011
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086VSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan.Lain-lain06.12.2017
kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT
2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris)
Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10.
Lain-lain28.11.2017
12

Kembali ke atas