Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ after ~, jam demi jam, berjam-jam; by the ~, mengikut (kiraan) jam: to be paid by the ~, dibayar mengikut jam; children’s ~, rancangan kanak-kanak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. fixed, definite period of time, waktu, masa: lunch ~, waktu makan tengah hari; rush-~, masa sibuk; 5. certain period of time, saat-saat: in his ~ of triumph, dlm saat-saat kemenangannya; no one helped him in his ~ of need, tdk seorang pun yg menolongnya dlm saat-saat dia memerlukan pertolongan; 6. of the present time, masa kini: the man of the ~, tokoh masa kini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. sixty minutes, jam: there are 24 ~s in a day, ada 24 jam dlm sehari; the man works a 40-~ week, lelaki itu bekerja 40 jam seminggu; a child needs at least 8 ~s of sleep each day, kanak-kanak memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari; in an ~’s time, dlm masa sejam; 2. a point of time, waktu, masa: he comes back at the same ~ everyday, dia pulang pd waktu yg sama setiap hari; 3. o’clock, pukul, jam: what is the ~?, pukul berapa sekarang?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hour


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ungkapan dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk "Earth Hour"? Terima kasih.Untuk makluman belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "Earth Hour". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Waktu Bumi.Istilah03.04.2016
Apakah perkataan yang sesuai digunakan bagi menterjemahkan "man-hour" dan "man-day" ke dalam bahasa malaysia?Padanan istilah yang sesuai untuk "man-hour" ialah "jam-manusia", manakala "man-day" pula membawa maksud "hari-tenaga". Istilah07.09.2017
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya1. car park office - pejabat tempat letak kereta
2. operation hour - waktu operasi
3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket
4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya
Tatabahasa29.08.2012
Hari Bumi (Earth Day), tetapi malangnya 'Earth Hour' tempoh hari tiada rakyat yang berani menulis atau menyebut 'Waktu Bumi' atau 'Masa Bumi'.

Saudara,

Terima kasih atas pandangan dan keprihatinan saudara terhadap perkara ini. Mungkin penganjurnya terlepas perhatian kali ini.  

Lain-lain29.03.2010
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. This is the opening hour signage for shopping mall.Can we have the short form for the time ? e.g.Pagi > PG, Malam>MLM Waktu operasi baru: 1. Pusat membeli-belah:10PG-8MLM 2. Medan selera eaterie: 9PG-6PTG 3. Tempat letak kereta: 7PG-11MLM Thank you !!Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut:
PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik)           seperti 10 PG. - 8 MLM.
Tatabahasa08.01.2013
Pada 5 Mei, saya memohon untuk pengesahan ejaan bahasa pada visual papan tanda, sepertimana yang dikehendaki oleh MBPJ, semasa membuat permohonan lesen perniagaan. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan (8917/2014) dan dua pindaan dinyatakan diperlukan: (1) menukar "24 hour" kepada "24 Jam" dan (2) "Self-service Coin Laundry" kepada "Mesin Kendalian Syiling Layan Diri". Saya ingin bertanya mengapakah pindaan ini diperlukan? Papan tanda ini menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dimana ayat "Mesin Dobi Layan Diri" adalah lebih besar dan ayat Inggeris menggunakan ayat-ayat "Self-service Coin Laundry" dan "New Concept Laundry Shop" serta "24 hour" (dalam simbol) - sila lihat lampiran. Adakah Bahasa Inggeris tidak boleh digunakan dengan lebih banyak dari Bahasa Malaysia? Perlukan ayat dalam Bahasa Malaysia merupakan terjemahan tepat? Saya harap tuan dapat memberi tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan yang bukan nama khas atau cap dagang perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Sekiranya tuan ingin mengekalkan bahasa Inggeris, tuan perlu letak kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Lain-lain07.05.2014
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima KasihBerkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.09.2014

Kembali ke atas