| Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac | 1. casevac (casualty evacuation)- tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian. 2. hover - hover (bidang Kejuruteraan) 3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa) 4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan) 5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1). | Istilah | 04.03.2011 |
| Salam. Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris "hover" dalam konteks bidang komputer, di mana kita meletakkan kursor kita di atas sesuatu elemen tanpa menekannya. Contohnya: "Hover over the button to read more." Terima kasih. | Berdasarkan pencarian kami, hover mempunyai maksud yang sama dengan mouseover. Dalam data kami, padanan untuk istilah mouseover ialah "tetikus di atas" dan istilah ini adalah dalam bidang Teknologi Maklumat. Bersama-sama ini disertakan pautan istilah tersebut. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mouseover&d=376296&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 09.06.2020 |
| Salam, Saya ingin bertanya jika DBP ada istilah atau terjemahan untuk Hoverboard. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah papan hover. | Istilah | 10.04.2017 |