Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar pendapat berserta alasan yg diberi­kan sbg menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing mengemukakan ~ yg kuat; berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang manusia dan kema­nusiaan, tentang dunia, dan keduniaan; menghujah memberi hujah (sewaktu me­nen­tang atau menyanggah pendapat orang lain): “Tahan macam mana?” Haron ~; menghujahkan memberikan hujah, menge­muka­kan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya; hujahan hujah: adanya pentafsir belum men­jamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; penghujahan perihal memberikan hujah ten­tang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan alasan, pandangan, bukti, dalil, pendapat, kewajaran, kerasionalan;,
Kata Terbitan : berhujah, menghujahkan, hujahan, penghujahan, penghujah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nyatakan sama ada ayat berikut adalah benar dan nyatakan alasannya. Hujah saya yang pertama adalah berpaksikan kepada pengguna mempunyai kuasa beli.

Ayat yang betul ialah: Hujah saya yang pertama berpaksikan pengguna mempunyai kuasa beli. Tanpa kata adalah dan kepada, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

Tatabahasa03.09.2009
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
bagaimana format perbahasan dan berikan macam mana cara-cara nak membalas hujah.Sila rujuk Unit Debat dan Bahas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.Lain-lain30.04.2008
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik.Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih.Makna20.10.2008
Saya membeli buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” (2005) terbitan DBP. Seorang guru Bahasa Melayu berkata, tajuk itu silap. Yang betul ialah “Kata-kata Mutiara Sasterawan Negara”. Mohon hujah untuk mempertahankan ungkapan “mutiara kata” dalam tajuk itu.Ungkapan Mutiara Kata merupakan kata majmuk yang berbentuk kiasan atau simpulan kata.  Tatabahasa23.02.2009
boelh tak senaraikan penanda wancana yang bombastik untuk masukkan nya dlm karangan..Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun. Kata-kata bombastik ialah kata-kata yang terlalu 'besar' sehingga tidak sepadan. Di bawah tajuk  wacana, tidak ada penanda wacana bombastik untuk disenaraikan.  Tatabahasa05.09.2008
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.  Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking.Istilah13.03.2009
12

Kembali ke atas