Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hujahnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010
salam 1 malaysia... saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "ia"... di sekolah ramai guru mengatakan ia hanya digunakan untuk benda hidup sahaja... adakah benar?atau ia boleh merujuk sesuatu.PRPM mengatakan boleh. saya ingi mengetahui hujahnya..Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, kami mencadangkan saudara mengikut seperti mana yang diajarkan oleh guru di sekolah.Tatabahasa11.06.2012
Apakah beza UCAPAN dengan DEBAT?adakah debat merupakan salah satu bentuk ucapan?ataupun adakah ianya membawa definisi yang berbeza selain daripada konsepnya di mana debat dipertandingkan manakala ucapan bukan dipertandingkan.Ucapan membawa maksud yang lebih umum, iaitu segala sesuatu yang diucapkan. Manakala debat bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal dengan saling memberikan alasan untuk mempertahankan hujahnya; dan peraduan berbahas.Makna14.11.2014
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya.

1) Perang Badar ialah kata nama khas.

2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar.

3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul.

Tatabahasa29.11.2011
Salam sejahtera, Tajuk: Peranan imbuhan 'kan' dalam tatabahasa Terlebih dahulu penulis telah mengulang kaji TTB Dewan Bab Kata Kerja. Seorang penulis, saya selalu terjumpa pelbagai variasi ayat penyata (amnya) yang mungkin memerlukan imbuhan 'kan' ataupun sebaliknya. Kadang-kadang ia menjadi dilema kecil. Sebagai contoh: Kes 1: Kilang kami memerlu pekerja am dengan segera. Kilang Kami memerlukan pekerja am dengan segera. Kedua-dua ayat di atas adalah dalam bentuk asas FNFK, dan kedua-duanya betul jika dilihat dari segi tatabahasa. Apakah nasihat DBP? Kes 2: Sila perhatikan ayat-ayat pasif di bawah. (A1) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A2) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A3) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentu bahasa yang diinginkan. (A4) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentu bahasa yang diinginkan. Jika kita bermain dengan kaedah transformasi, ayat manakah yang persis? Apakah hujahnya? Terima kasih DBPAyat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Kilang kami memerlukan pekerja am dengan segera.
2. XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 183  untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tatabahasa03.01.2012

Kembali ke atas