Salam sejahtera. Ramalan hujan bagi kawasan A adalah “hujan lebat” akan berlaku dan hujan lebat ini dijangka berterusan. Manakala ramalan hujan bagi kawasan B pula adalah “hujan lebat yang berterusan” dijangka akan berlaku. Oleh itu yang mana lebih sesuai dan kurang mengelirukan jika ramalan kedua-duanya diletak bersebelahan. Kawasan A : “Hujan lebat dijangka berterusan” @ “Hujan lebat dan dijangka berterusan” @ “Hujan lebat yang dijangka berterusan” Kawasan B: “Hujan lebat berterusan dijangka berlaku”. Mohon kategorikan sebagai soalan peribadi dan tidak dikongsi kerana ini bagi pihak kawan di agensi lain. Sekian, terima kasih. | Puan yang budiman, Cadangan ayat yang sesuai untuk pertanyaan puan adalah seperti berikut: 1) Hujan lebat berterusan 2) Hujan lebat dijangka berterusan | Tatabahasa | 24.11.2017 |
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Tatabahasa | 08.09.2011 |
Adakah betul penggunaan frasa "hujan ribut"? Atau sepatutnya digunakan "hujan dan ribut"? | Kedua-dua prasa "hujan ribut" dan "hujan dan ribut" boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.07.2019 |
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...bagaimanakah peribahasa ini selengkapnya? Mohon diberikan contoh ayat yang menggunkakan peribahasa ini? Terima kasih | Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya kehidupan Encik Ali di negeri orang, namun beliau tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti. Langkah Encik Ali itu umpama bidalan "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri". | Lain-lain | 16.04.2012 |
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
Slm, Minta pihak tuan semak translation ayat di bawah. 1. It's starting to rain. -(Nampaknya hari sudah hujan) 2. A sunshower is a metereological phenomenon in which rain falls while the sun is shining. A sunshower is usually the result of accompanying winds associated with a rainstorm miles away, blowing the airborne raindrops into an area where there are no clouds. Sometimes a sunshower is caused by a single rain cloud that passes overhead at an angle that does not obstruct the light of the sun. (Hujan matahari ialah satu fenomena meteorologi di mana hujan turun ketika matahari bersinar. Hujan matahari biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan.Kadang-kadang hujan matahari disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.) tq | 1. Nampaknya hari sudah hujan. 2. Hujan panas ialah fenomena meteorologi yang berlaku ketika matahari bersinar. Hujan panas biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan. Adakalanya hujan panas disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2015 |
Slm, Mohon pihak tuan memeriksa sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak: 1)main air hujan atau main hujan 2)zaman sains maju dan teknologi tinggi (sains huruf besar atau kecil?) 3)makna kebersihan - tidak kotor tq :) | 1. Kebiasaannya disebut "main hujan" 2. Zaman sain: sains dieja dengan huruf kecil 3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kebersihan bermaksud "keadaan bersih (tidak kotor) | Istilah | 12.06.2015 |
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan. | Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
apakah perbezaan diantara hujan rintik-rintik dengan gerimis? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan gerimis sebagai hujan rintik-rintik. Oleh itu, tiada perbezaan antara hujan rintik-rintik dengan gerimis. | Tatabahasa | 22.03.2013 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, manakah penggunaan peribahasa yang betul? 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ATAU 2. Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua (Abdullah Hussain), ungkapan yang betul ialah: 1. tak lapuk di hujan, tak lekang di panas 2. tak lekang oleh panas, tak lapuk oleh hujan Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.04.2019 |