1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "segar" dengan betul. I. Peristiwa lucu itu masih segar dalam ingatannya. II. Ayah suka makan buah-buahan segar untuk mengalas perut. III. Udara di kaki bukit pada waktu pagi sungguh nyaman dan segar. IV. Badan Ali kembali segar setelah dia mandi di perigi itu. A. I dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 2. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mencecah" dengan betul. I. Cikgu Ujang menegur Saidin kerana rambutnya mencecah telinga. II. Adik mencecah hujung jari telunjuknya pada permukaan air yang sejuk itu. III. Datuk mencecah biskut dengan air kopi sewaktu minum petang. IV. Air sungai itu telah mencecah paras bahaya. A. I dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C, II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV | Sdr. Ong, Bagi soalan pertama jawapannya ialah D, semuanya betul. Manakala soalan kedua pula jawapannya ialah B, i,ii,dan iv. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih. | Saudara Ronil, bibliografi ditulis mengikut kaedah ini: i. Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma. ii. Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. iii. Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. iv. Jilid, diikuti dengan tanda noktah. v. Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah. vi. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih. vii. Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. viii. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah. ix. Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah. x. Kata singkatan "dlm." dan "hlm." . xi. Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. xii. Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 04.03.2010 |