Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan"Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. Makna10.10.2023
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasihPandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad.Lain-lain27.10.2009
Salam sejahtera, Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembiranya. Adakah struktur ayat ini betul? Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah “Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembira.” atau “Hanif bermain boling pada hujung minggu dengan gembiranya.”Tatabahasa14.07.2024
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah?

Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat ber­tumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik.

Tatabahasa26.03.2011
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
Adakah 'hujung' dalam frasa 'pada hujung minggu' boleh dikelaskan sebagai kata arah ?Tidak. Hujung dalam frasa "Hujung Minggu" bermaksud hari akhir setiap minggu.Lain-lain22.02.2018
1. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke karnival buah-buahan tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. 2. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Ayat yang mana satukah yang betul? Boleh berikan penerangan sama ada "karnival buah-buahan tempatan" merupakan kata nama am atau khas. Terima kasih.

Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Karnival Buah-buahan Tempatan tergolong dalam kata nama khas tak hidup dan menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan.

Ayat yang betul ialah "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 84 – 85.

Tatabahasa17.07.2024
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih.

Encik Yeoh,

Ayat yang sama maksud ialah ayat B.

Lain-lain11.10.2010
Saya ingin mendapatkan kepastian: Weekdays: Hari Bekerja (Selain hujung minggu) Weekend: Hari Minggu (Selain hari bekerja) Soalan saya adalah, apakah sebutan atau ayat yang tepat untuk menterjemahkan "Weekdays" dan "Weekend" dalam bahasa melayu. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris - Melayu Dewan, Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah  hujung minggu.Makna02.10.2023
PENGESAHAN UNTUK PENENTUAN HUJUNG MINGGU PERTAMA BAGI NEGERI KELANTANMohon maaf, soalan yang diajukan tidak berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP.Lain-lain13.03.2025
123

Kembali ke atas