Adakah semua perkataan Melayu yang dieja pada hujungnya huruf "a" berbunyi "e" ? Contoh: Musa, Isa, Putra Jaya, Juta, Minda, Liga, Merdeka, Malaysia, Korea, Cuba (nama negara) dan banyak lagi. Saya sering mendengar berita radio yang kadang-kadang disebut "a" dan kadang-kadang disebut "e". | Bunyi dan sebutan "a" a yang betul bagi perkataan yang hujung hurufnya "a" dan bukannya berbunyi "e". Bagaimanapun bagi stesen radio dan penyiaran di Malaysia, sebutan bagi perkataan pinjaman hendaklah sebutan baku dan bagi perkataan lain ialah Johor-Riau. Harap maklum. | Lain-lain | 18.09.2007 |
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja. | a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? | Tatabahasa | 01.12.2011 |
Salam, saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Adakah semua nama kementerian ditulis dengan huruf besar walaupun tidak disertai oleh 'Malaysia' di hujungnya? Contohnya Kementerian Kesihatan, jika istilahnya dieja penuh 'Kementerian Kesihatan Malaysia' sememangnya menggunakan huruf besar. Tetapi, jika nama kementerian sahaja yang digunakan bagaimana? Istilah lain yang berkaitan biasanya ditulis huruf kecil seperti jabatan perhutanan, jabatan pemasaran. Sekian, terima kasih. | Sekiranya "Kementerian Kesihatan" dalam konteks yang dimaksudkan memang merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, huruf besar digunakan kerana nama ini ialah nama khas dan tidak ada Kementerian Kesihatan lain di Malaysia. Sekiranya perkataan "kementerian" sahaja digunakan dan tidak merujuk kepada mana-mana kementerian yang khusus, huruf kecil digunakan kerana perkataan ini bukan nama khas. Begitu juga dengan nama "jabatan perhutanan" dan jabatan pemasaran". Penggunaan huruf besar atau huruf kecil bergantung pada konteks penggunaan, sama ada dalam konteks tersebut merujuk kepada satu jabatan tertentu atau secara umum. | Ejaan | 09.12.2013 |
penjodoh bilangan untuk jongkang-jongkit apa? | Jongkang-jongket ialah sejenis permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik).Penjodoh bilangan bagi jongkang-jongket ialah sebuah. | Tatabahasa | 16.08.2007 |
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya? | Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 25.02.2009 |
Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 27.08.2011 |
Bukankah kata soal tidak boleh diletak dalam ayat penyata? Tolong betulkan tatabahasa ayat ini. Terima kasih. "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." | Ayat, "Aku tidak menyembah apa yang engkau sembah." tidak perlu diletakkan tanda soal di hujungnya kerana ayat tersebut bukan ayat tanya. | Tatabahasa | 22.01.2018 |
betulkah penggunaan baharu dan baru telah berubah? bagaimanakah penggunaan kata penguat 'sekali' digunakan? setahu saya , tidak boleh ada dua kata penguat dalam satu frasa adjektif tetapi ada pula orang yang kata sesetengah kata penguat boleh menggunakan sekali di hujungnya. sekian, terima kasih. | Perkataan baru atau baharu adalah sama. Yang membezakan perkataan ini ialah baru merujuk kepada 'just'. Misalnya baru sampai. Baharu merujuk kepada 'new'. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut; 1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama. 2. ter + kata adjektif. 3. paling + kata adjektif. 4. kata adjektif + sekali. 5. ter + amat, sangat + adjektif. 6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 245. | Tatabahasa | 12.10.2008 |
Salam sejahtera, Adakah "needle test probes" sesuai diterjemahkan kepada "kuar uji jarum"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data kami kami, kuar uji ialah jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau bercangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan mata kuar tersebut pada litar. Hujung kuar pula disambungkan pada peralatan pengukuran. Jika needle test probes ialah alat kami merasakan terjemahan yang lebih sesuai ialah jarum kuar uji. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2018 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |