Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.kum] | حکوم

Definisi : 1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ penge­tahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (per­tim­bangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mah­kamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-per­aturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn ke­jadian alam; ~ Allah takdir Allah (ke­tentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gan­tung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg ber­dasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id per­aturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukum­nya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (kete­tapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undang­nya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melang­gar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mah­ka­mah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg di­hukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (mem­buat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara huku­m­an kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg men­jatuhkan (membuat atau menjalankan) huku­m­an: rakyat mengakui kuasa raja sbg pe­ngadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pen­dakwah, bukan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.kum] | حکوم

Definisi : 1 peraturan yg dibuat oleh pihak yg berkuasa, negara dll utk me­ngatur pergaulan hidup dlm masyarakat; undang-undang. 2 = hukuman keputusan yg dibuat oleh hakim dlm mahkamah: Tuan hakim telah menjatuhkan ~ penjara selama lima bulan. 3 sesuatu perkara (peraturan dsb) mengenai se­suatu kejadian, peristiwa dll yg ditentukan; ketentuan; ketetapan: ~ Archimedes digunakan utk menentukan ketumpatan sesuatu larutan. ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat. ~ alam hal yg ditentukan oleh keadaan alam. ~ Allah apa-apa yg telah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah; takdir Allah. ~ Boyle ist hukum yg menyatakan bahawa pd keadaan suhu yg tidak berubah, isi padu sesuatu gas berkadar songsang dgn tekanan. ~ Coulumb ist hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas. ~ gantung hukum mati dgn digantung. ~ Islam peraturan mengenai cara hidup dll menurut Islam. ~ keabadian jisim ist hukum yg menyatakan bahawa jumlah jisim sesuatu bahan tidak berubah selepas tindak balas kimia. ~ keabadian tenaga ist hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dpt dicipta atau dimusnahkan tetapi dpt diubah kpd bentuk tenaga yg lain. ~ sains peraturan atau ketentuan dlm ilmu sains. ~ syarak hukum yg didasarkan pd al-Quran, hadis, ijmak dan qias. menghukum memberikan keputusan, ketentuan dll dgn berpandukan undang-undang; mendenda (seseorang) kerana melakukan sesuatu kesalahan: Pembunuh itu telah dihukum gantung. Tuan hakim telah ~ orang yg bersalah itu. terhukum dihukum; kena hukum. hukuman seksaan, penderitaan dll yg dikenakan kpd orang yg melakukan kesalahan; keputusan yg dibuat oleh hakim dsb: Mahkamah telah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup ter­hadap kedua-dua orang pengkianat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hukum (kata nama)
1. Rujuk undang-undang

2. Bersinonim dengan ketetapan: ketentuan, peraturan, cara, tatacara,

Kata Terbitan : hukuman, menghukum, menghukumkan, terhukum,

Puisi
 

Timah peteri dengan besi,
     Dicantum dengan paku Belanda;
Hukum berdiri dengan saksi,
     Adat berdiri dengan tanda.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hukum yang rata,
     adat yang datar.

Bermaksud :

Sesuatu yang sama baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assammualaikum. Tuan, boleh tolng jelaskan tentang hukum DM dan hukum-hukum yang payah dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Hukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang bermaksud D= diterangkan dan M=menerangkan. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut/ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Bagi contoh hal-hal lain, yang diterangkan ialah "hal-hal" manakala yang menerangkan ialah "lain". Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 354.Tatabahasa28.06.2010
Ingin tahu makna i) Teokratik ? ii) Ortodox ? Terima Kasih Ezree1. sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. 2. berpegang teguh pada peraturan, pendapat, prinsip, yang diterima umum seperti dalam agama, kelakuan atau sikap.Tatabahasa28.08.2007
definisi dan punca-punca kesalahan bahasa melayuKesalahan bahasa Melayu bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengikut hukum-hukum atau sistem bahasa yang ditetapkan seperti dari segi  tatabahasa dan penulisannya. Contohnya, kesalahan penggunaan kata, ayat tergantung, ayat tiada subjek, dan kesalahan penggunaan tanda baca, imbuhan, ejaan, serta istilah.  Punca berlakunya kesalahan ini ialah pengguna tersebut tidak mempunyai ilmu bahasa Melayu yang mantap dan membuat kajian tentang perkembangan bahasa Melayu secara berterusan.Makna19.02.2008
macam mana nak kenal pasti kesalahan tatabahasa?Pengguna bahasa perlu tahu hukum tatabahasa bahasa Melayu dan Pedoman Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedia ada.Kesalahan tatabahasa berlaku apabila pengguna bahasa meggunakan bahasa yang menyalahi hukum-hukum tatabahasa, iatu dari segi ejaan, morfologi(kata),sintaksis(ayat), gaya dan laras bahasa. Dari segi ejaan tidak mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi, Tatabahasa bahasa Melayu dan larasnya.Tatabahasa11.05.2007
"Perbincangan dalam Bab Dua dijadikan landasan asal hukum kepada perbincangan Bab Tiga ". Betulkah penggunaan "asal hukum" di sini? terima kasih.Frasa 'asal hukum' bermaksud mulanya hukum. Frasa 'asal hukum' boleh digunakan dalam ayat tersebut.Istilah02.02.2011
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Salam tuan, maaf mengganggu. saya ingin mendapat makna yang tepat mengikut kamus dewan bagi perkataan TRANSFORMASI dan MENJANA TRANSFORMASI berkaitan 1 MALAYSIA. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Transformasi bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; Manakala menjana transformasi ialah mewujudkan/menghasilkan transformasi atau perubahan sesuatu.Lain-lain03.10.2010
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M?Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2013
Mohon pihak DBP memberikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam 2. mengabarkan ATAU mengkhabarkan

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah mengkhabarkan.

Tatabahasa07.01.2011
Hukum penggunaan imbuhan PER untuk perkataan parit. Adakah perparitan atau peparitan?Ejaan yang betul ialah perparitan.Tatabahasa17.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas