Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.luan] | هولوان

Definisi : berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata huluan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
upstream and downstream industryindustri huluan, industri hiliranMakna07.05.2007
Saya ingin bertanyakan tentang ayat upstream, midstream dan downstream. upstream adalah huluan dan downstream adalah hiliran. Apakah terjemahan bagi midstream? Terima KasihTidak ada maklumat tentang midstream dalam pangkalan data kami, kecuali padanan midstream operatins diterjemahkan kepada "operasi semasa".Penyemakan dan penterjemahan07.10.2015
Assalamualaikum wbt tuan/puan, Di sini, saya inginkan bantuan tuan/puan berkenaan terjemahan yang saya lakukan untuk beberapa istilah bidang, iaitu dalam bidang perpaipan (industri gas dan minyak). Ayatnya adalah seperti yang berikut: Teks sumber (TS) 1. Confirm the following valves are in place: - 1" globe valve upstream XV-30468 is open (U-6A) - 1" globe valve downstream FI-31277 is closed (U-6B) Teks terjemahan (TT) 1. Pastikan injap-injap berkenaan berada di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A)

Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Pastikan injap berikut berfungsi di kedudukan masing-masing:

- injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A)

- injap glob 1" di hiliran FI-31277 ditutup (U-6B)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan18.04.2017

Kembali ke atas