Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ma.nis.me] | هومانيسمى

Definisi : 1. sifat perikemanusiaan; 2. faham (pendirian, sistem, dsb) yg meng­utamakan nilai-nilai, kepentingan, dan ma­ruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humanisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Mengapakah kata dasar (contohnya: "imperial" & "humanis") tiada dalam PRPM sedangkan kata terbitan daripadanya ("imperialisme", "imperialistik", humanisme") ada dalam PRPM? Saya hanya namakan beberapa contoh sedangkan banyak lagi perkataan seumpamanya yg diserap daripada bahasa Inggeris tetapi kata dasarnya tiada dalam PRPM. Bolehkan tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, kemasukan kata-kata ini diserap dalam bahasa Melayu melalui bidang peristilahan dan juga terjemahan dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan. Oleh itu, kemasukan kata ini dalam bahasa Melayu mengikut keperluannya. Ada juga sebahagian daripada kata serapan berkenaan telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan kata terbitannya terbentuk daripada akar kata tersebut. Contohnya humanisme, akar katanya human diterjemahkan kepada manusia, maka terhasillah memanusiakan dan kemanusiaan. Namun begitu, melalui perkembangan bahasa khususnya keperluan dalam bidang peristilahan, kata humanisme kini telah diterima pakai. Istilah11.12.2020
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011

Kembali ke atas