Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.raian] | هوراين

Definisi : 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.raian] | هوراين

Definisi : keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Huraian tentang perkataan Akronim tulenMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Istilah14.05.2009
huraian tentang hubungan etnik,integrasi dan menangani cabaran

Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan atau di mana-mana perpustakaan untuk tujuan penyelidikan.

Lain-lain16.02.2009
huraian mengenai frasa nama dan frasa kerjaFrasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Istilah01.02.2009
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan

Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini.  

Lain-lain27.08.2008
Huraian wacana dalam bahasa melayu?Maksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen. Sekian.  Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain30.07.2008
Huraian bagi perkataan "MOTO"juga bermaksud cogan kata yang sering digunakan dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Tatabahasa23.10.2007
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRANPenguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian.Makna24.08.2007
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi.Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.Makna08.07.2007
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
HURAIAN TENTANG FUNGSI BAHASA MELAYU.Fungsi bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan/bahasa rasmi, bahasa pengantar sistem persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu dalam pelbagai bidang, dan bahasa perpaduan.Lain-lain17.03.2007
12345678910...

Kembali ke atas