Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah ada penggunaan huruf condong (italik) dalam penulisan Jawi? Jika ada, adakah penggunaannya sama seperti tulisan Rumi? Contohnya, huruf condong untuk judul buku. Terima kasih.Untuk makluman puan, tidak ada teks huruf condong dalam tulisan Jawi. Ejaan10.05.2024
Arthritis ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Contoh: Daun perilla juga digunakan oleh masyarakat Tamil untuk menyembuhkan sakit arthritis.

Istilah arthritis diterjemahkan sebagai artritis dalam bahasa Melayu dan tidak perlu ditulis menggunakan huruf condong.

 

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 135.

Istilah26.11.2024
Saya ingin bertanya, nama kertas kerja, atau, tajuk buku, dalam bahasa Inggeris, perlu ditulis dengan huruf condong dan tanda petik' '., ataupun hanya perlu menggunakan salah satu sahaja, iaitu huruf condong atau tanda petik. Contoh, ...the research products submitted, 'In-House Fabricated Cost Effective...'Untuk maklumat, terdapat perbezaan cara penulisan  tajuk antara kertas kerja dengan buku yang telah terbit. Untuk kertas kerja, digunakan tanda "/". Contoh: "In-House Fabricated Cost Effective". Manakala untuk buku yang telah terbit, tajuk perlu dicondongkan. Contoh: In-House Fabricated Cost Effective. Lain-lain07.09.2015
Adakah kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu perlu ditulis secara huruf condong (italik)?Kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu tidak perlu ditulis secara huruf condong/italik. Ejaan25.11.2022
Mohon pencerahan penggunaan tulisan condong dalam penulisan rasmi seperti kertas kerjaHuruf condong digunakan untuk ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Penggunaan huruf condong adalah seperti yang berikut:

i.  Penulisan Judul Karya Seni dan Penerbitan
ii. Bahasa Asing
iii. Nama Sains
iv. Karya Undang-undang
v.  Kata atau Ayat dalam Bahasa Asing
vi. Singkatan Judul Katalog Karya yang Diterbitkan
vii.Kenyataan Sambungan Bahan Penulisan
viii.Nama Khas Objek Khusus
ix. Arahan Pentas atau Drama

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat, halaman 152-156.
Lain-lain09.11.2024
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
Bagaimana menulis topik atau nama bab dalam sebuah buku? Adakah perlu nama topik itu perlu dicondongkan seperti tajuk buku? Contohnya" a. Asbab Al-NuzulMenurut buku Gaya Dewan, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Judul buku menggunakan huruf condong manakala topik atau nama bab dalam buku tidak perlu dicondongkan.Tatabahasa24.06.2013
Perlukah nama filem, drama, rancangan tv menggunakan huruf condong?Nama filem, drama, rancangan tv tidak perlu dicondongkan tulisannya.Ejaan30.03.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, perlukah term perubatan ditulis dengan huruf condong? Sekian, terima kasih.Istilah yang diterima pakai dalam bahasa Melayu tidak perlu diitalikkan, melainkan istilah yang dikekalkan bentuk dan ejaannya (seperti bahasa Inggeris), barulah diitalikkan.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2014
Jita dalam sesuatu artikel itu, perkataan Inggeris perlu digunakan, bagaimana perkataan itu harus ditulis? Semasa saya mengikuti kursus penterjemahan di ITNMB dahulu, saya diajar agar menulis perkataan sedemikian menggunakan huruf condong (Italic). Tetapi jika kita lihat di surat khabar, mereka menulisnya seperti berikut: 'lockdown'. Saya ingin tahu cara penulisan perkataan asing yang betul.Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong, manakala tanda petik antaranya digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Pihak akhbar mungkin merujuk pada makna kedua, bagaimanapun, mereka mempunyai gaya khas (house style) masing-masing.Lain-lain05.03.2010
1234567

Kembali ke atas