ejaan 'pengetua dieja dengan huruf kecil, tetapi apabila diletakkan panggilan 'tuan' di hadapan perkataan pengetua, perkataan tersebut (tuan pengetua) perlu dieja menggunakan huruf kecil atau huruf besar? contoh: Tuan Pengetua / tuan pengetua | Tidak timbul isu penggunaan huruf kecil atau besar kerana perkataan tuan juga merupakan perkataan umum dan bermula dengan huruf kecil (kecuali pada pangkat ayat). Perkataan tuan ditulis dengan huruf besar apabila merujuk kepada nama khas. Misalnya, Tuan Ibrahim Yatim. Begitu juga apabila dipadankan dengan pengetua. Tuan pengetua ditulis dengan huruf kecil kecuali jika merujuk kepada nama khas: Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Taman Selayang. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
1. "Mari kita pergi berkelah," kata Ayah. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ayah'? 2. "Saya akan tolong Nenek," kata Aziz kepada neneknya. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Nenek'? 3. Salmah, Salleh dan Ibu menaiki bas ke bandar. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ibu'? | Ketiga-tiga perkataan tersebut iaitu ayah, nenek dan ibu ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.) | Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 05.02.2014 |
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang. 2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar). | Ejaan | 24.12.2011 |
Tuan yang bijaksana: Dalam menulis judul buku, kata sendi dan kata hubung mestilah menggunakan huruf kecil. Bagaimana pula dengan kata pemeri seperti ialah dan adalah? Perlukah kata pemeri menggunakan huruf kecil juga? Contoh tajuk buku : Alexander adalah Zulqarnain. | Sama seperti penggunaan kata sendi nama, kata pemeri juga ditulis dengan huruf kecil dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Slm. Ikan Paus Terdampar di Tepi Pantai (soalan : di tepi - tepi huruf kecil @ besar?) Tq | Huruf kecil. Yang lebih tepat "Ikan paus terdampar di tepi pantai". | Lain-lain | 03.04.2017 |
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim. | Ejaan | 11.04.2015 |
Adakah penggunaan aksara pertama dalam "Bin", "Binti", "A/P", "A/L" dan "A/K" perlu dalam huruf besar atau huruf kecil? | Jika ejaan nama menggunakan Huruf besar dan huruf kecil , penggunaan aksara pertama "bin", "binti", "a/p", "a/l" dan "a/k" ialah huruf kecil . | Ejaan | 27.03.2018 |
adakah ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil atau besar. orang asli atau Orang Asli. terima kasih | Perkataan orang asli dieja dengan huruf kecil iaitu orang asli. | Ejaan | 26.07.2019 |
perkataan diraja dimulakan dengan huruf besar atau huruf kecil ? | Perkataan diraja dieja dengan huruf kecil. Perlu ditukar ke huruf Besar jika ia adalah nama Khas seperti Klang Bandar Diraja. | Tatabahasa | 29.02.2016 |