Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf cetak yg ditulis miring; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah nama jawatan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam artikel yang berikut perlu dicondongkan (italic)? ..........Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Director of Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Nama jawatan dalam bahasa Inggeris tidak ditulis dengan huruf miring (italik) tetapi mesti diterjemahkan dalam bahasa Melayu.  Ayat yang betul ialah…Pada tahun 1946, iaitu selepas Perang Dunia Kedua, pasukan Malayan Union Services (MUS) telah ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Malayan Union Fire Services. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.Tatabahasa21.03.2014
Assalamu'alaikum Saudara. Boleh saya tahu jika terdapat istilah dalam bahasa Melayu bagi "hash tag" (#). Anak saya mahu menggunakan istilah ini dalam penulisan karangannya. Namun, tidak terdapat dalam Gaya Dewan dan Kamus Dewan. Saya ingin menyarankan agar istilah-istilah yang kerap digunakan dalam dunia IT dimasukkan dalam kedua-dua dokumen tersebut pada masa hadapan? Terima kasih.

 

Untuk makluman puan, DBP memang telah ada perancangan untuk memasukkan hash tag sebagai entri kamus dan istilah teknologi maklumat. Sehingga hash tag secara rasmi dimasukkan sebagai entri, hash tag harus ditulis dalam huruf miring(italik).
Istilah18.07.2014
Mengenai peristilahan, jika istilah bahasa asing tersebut merupakan pinjaman tulen tidak asimilasi ke dalam bahasa Melayu, perlukah dieja miring? Contohnya, bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung aspirin dan juga, Wikipedia, Facebook, Whatsapp. Terima KasihEjaan miring (italic) boleh digunakan untuk istilah atau perkataan yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, tetapi untuk kata nama seperti Facebook, Wikipedia dan seumpamanya tidak perlu ejaan miring (italic) hanya menggunakan huruf besar pada pangkal.  Ejaan10.05.2020
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
Salam. Saya ada pertanyaan: 1. Dalam kamus dewan perdana, kenapa ada entri guna huruf italik, sontohnya avalanche, avant-garde, boulevard. Ini dah diterima sebagai bahasa Melayu ke? Kalau dah terima kenapa perlu italik lagi? Jika guna dalam urusan rasmi, perkataan ini perlu italik atau tidak? Kenapa boulevard tak italik pula dalam kamus dewan keempat? 2. Kenapa ada dua entri renaisans dan Renaissance? Kalau Renaissance kata nama khas (sebabhuruf besar), perlu ditalikkan lagi ke seperti dlm kamus? Penggunaan yang betul zaman renaisans atau zaman Renaissance?

1. Benar. Terdapat kata pinjaman yang sudah diterima masuk dalam bahasa Melayu seperti ad hoc, vis-à-visavalanche, avant-garde dan boulevard. Namun, ejaan bagi kata-kata tersebut perlu mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) dsb. Dalam susunan entri kamus, kata-kata pinjaman yang masih dikekalkan ejaannya daripada bahasa asal (khususnya daripada bahasa Perancis dan Eropah) perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Penggunaan rasmi bagi kata-kata ini juga perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Untuk lebih jelas dan keselarasan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 303-336) dan kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

2. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan dua kata ini:

renaisans
kata nama 
kelahiran semula sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan bidang budaya atau seni: Renaisans budaya ini memang masih pada tahap awal. Dalam syarahan ini, topik yang saya pilih adalah tentang renaisans bangsa kita.

Renaissance Sejarah kata nama 
tempoh antara abad ke-14 dgn abad ke-17 di Eropah apabila berlakunya kebangkitan dan pemulihan budaya, seni dan sastera.

Perbezaannya ialah satu kata dieja/mematuhi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dan satu lagi dikekalkan ejaan bahasa asalnya. Lihat takrif dan penggunaannya berbeza. Ada yang kata umum dan satu lagi kata nama khas dalam bidang Sejarah. Kita akan menemui kata-kata tersebut dalam teks bahasa Melayu.

Zaman Renaissance digunakan bagi maksud dan konteks/bidang Sejarah.

Ejaan10.05.2023
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019
soalan seperti di lampiran

Dalam penulisan surat rasmi, perkataan Tuan/Puan pada bahagian kata sapaan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala pada pertengahan ayat, perkataan tuan/puan perlu dieja dengan huruf kecil. Ejaan perkataan tuan dan puan perlu dirapatkan dengan tanda garis miring (/), iaitu tuan/puan.

Tatabahasa11.07.2024
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Imigresen
  2. Pegawai Imigresen Kanan
  3. Pegawai Imigresen Tinggi

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen.

 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.

 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:

            i. rujukan surat:

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan 

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019

Kembali ke atas