Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ini masalah ejaan jawi. Perbezaan penggunaan antara huruf 'ta' dengan 'ta marbutah'. Mohon penjelasan mengenai penggunaan kedua-dua huruf ini. Betulkah kalau ketika mengeja jawi perkataan 'ayat' memadai mengeja dengan huruf 'ali ya alif ta'( contoh: Baca ayat ini - di mana perkataan jawi untuk ayat adalah "alif ya alif ta") Sebaliknya untuk menerangkan ayat al-Quran (misalnya ayat 'Ali Imran: 24 - ayat di sini dieja (alif ya ta (ta marbutah). Mohon penjelasan

Dalam ejaan baru, semua perkataan tersebut dieja dengan ta terbuka. Hanya perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sahaja kekal digunakan huruf ta marbutah. Dan ini dapat menggelakkan kekeliruan antara perkataan surat dengan surah dan ayat al-quran dengan ayat.

Lain-lain05.06.2008
Salam. Saya mempunyai satu pertanyaan berkenaan sejarah penggunaan huruf ta marbutah (ة) di dalam tulisan Jawi. Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam ejaan Jawi lama, terdapat satu versi ta marbutah yang ditulis secara terpisah daripada selebihnya perkataan tersebut, serta berada di paras yang lebih tinggi berbanding huruf lain bagi menandakan bunyi (KK) yang berakhir dengan konsonan T seperti "Parliament" (sila rujuk fail lampiran). Saya faham bahawa penggunaan ta marbutah sebegini tidak lagi menjadi sebahagian daripada cara penulisan bahasa Melayu, namun adakah Dewan Bahasa mempunyai catatan rekod tentangnya, dan bolehkah saya mendapatkan sedikit penjelasan atau rumusan tentangnya, seperti nama panggilannya dan jika ia mempunyai kegunaan lain? Terima kasih.Soalan tuan/puan memerlukan rujukan khusus, catatan rekod dan penjelasan yang lebih terperinci. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel setelah mendapat maklumat berkenaan. Untuk maklumat tambahan, tuan/puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan -Jawi (Edisi Kedua) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Ejaan27.06.2021
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih.Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى  dan bahasa Arab contohnya, (Surah)  سورة (Akhirat) اخيرة  
Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.
Ejaan28.05.2018
Masukan ejaan untuk perkataan "Ta" yg menunjuk ke Huruf Jawi/Arab tO طاء salah, sepatutnya طاء dan bukannya تاء juga. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=taTerdapat ralat dalam paparan di PRPM. Pihak kami akan membaiki paparan ejaan Jawi bagi kata ta (tho) ini.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:2199),

ta1 تاء kata nama
1 huruf ketiga dalam abjad Jawi yang ditulis dgn simbol ت 
2 huruf ketiga dalam abjad Arab yang mempunyai nilai 400;

ta maftuhah ta;

ta marbutah huruf keempat dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ة , yang menjadi ha simpul apabila wakaf dan ta apabila wasal.

ta2 
طاء kata nama
1 huruf ke-18 dalam abjad Jawi yang ditulis dengan simbol ط 
huruf ke-16 abjad Arab yang mempunyai nilai sembilan.

Ejaan Jawi ini adalah berpandukan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa MelayuDaftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Kamus Dewan Perdana terbitan DBP yang terkini.
Ejaan26.02.2024
Assalamualaikum, Mohon pencerahan tentang tulisan Jawi, saya ingin mengetahui tentang ejaan terkini perkataan Jawi yang sebenar dan buku apa saya perlu rujuk? Keduanya saya ingin tahu berapakah bilangan huruf Jawi adakah ta marbutah dan ye (ya tiada titik) termasuk dalam huruf-huruf Jawi? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan DBP untuk mengetahui ejaan Jawi terkini.
 Terdapat sebanyak 37 huruf Jawi bentuk tunggal Jawi termasuk ta marbutah dan ya tanpa titik.
Lain-lain24.08.2016
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih.Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun.Ejaan14.04.2012
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022
Apakah ejaan Jawi bagi gugusan "TH" spt negara "Thailand", saya lihat di ejawiMakmur dieja beserta huruf Ha Simpul (تهايلند), sedangkan mengikut ejawiM dan DBP, ejaan bergugus TH spt kata Thaipusam pula adalah tanpa Ha Simpul (تايڤوسم).Ejaan Jawi bagi kata yang mempunyai susunan konsonan "th" akan dieja menggunakan:
a) sa (ث) jika sepadan dengan kata serapan bahasa Arab,
dan
b) ta (ت) jika sepadan dengan kata serapan bahasa Inggeris dsb dalam bahasa Melayu.

Oleh hal demikian, kata seperti kata Thailand (تايلند) dan Thaipusam (تايڤوسم) dieja sebegini dalam bahasa Melayu.

Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa MelayuDaftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan bahasa Melayu.
Ejaan21.02.2024
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010
12

Kembali ke atas