Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata husna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ummul HusnaUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain23.08.2016
Assalamualaikum.Saya Husna Binti Ma,pauzee,belajar bahasa Melayu.Ingin bertanya tentang tatabahasa yang berkaitan dengan morfologi,fonologi dan sintaksis.Apa definisinya dan adakah tiga-tiga ini berbeza?.Terimakasih, sudi menjawab soalan saya.Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih.​Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Ejaan21.02.2020
Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih?Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah).Ejaan23.09.2011

Kembali ke atas