Hutan Hujan Tropika kena guna huruf besar ke untuk setiap pangkal perkataan? | Hutan Hujan Tropika tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 14.11.2016 |
Salam sejahtera . Adakah Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya kata nama khas hidup bukan manusia? Apakah contoh lain kata nama khas hidup bukan manusia? Terima kasih. | Hutan Hujan Tropika dan Taman Buaya tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Vanda diana (sejenis orkid) dan Hevea brasiliensis (pokok getah). | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Salam Saudara, Saya nak menyemak ejaan untuk papan tanda seperti di bawah: 2-ekar pembangunan " Rainforest Themed " pertama di Malaysia Sekian Terima Kasih. | Paparan awam termasuk papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Perkataan rain forest themed perlu diterjemahkan, seperti "bertemakan hutan hujan", namun perlu dijelaskan konsep bertemakan dalam frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2016 |
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih. | Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan. | Tatabahasa | 30.11.2011 |
Kata Banyak Makna bagi lebat:- 1.Dua orang pemburu telah tersesat di dalam hutan yang lebat itu. (lebat dalam ayat ini salah dan sepatutnya ialah tebal menurut salah satu daripada buku penilaian) 2.Hutan rimba di negara kita subur dan lebat. (lebat dalam ayat ini betul menurut Kamus Perdana) Soalan saya ialah penggunaan 'lebat' dalam ayat-ayat di atas betul atau salah? | Merujuk Kamus Dewan lebat lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan rambut, bulu dan sebagainya, ataupun banyak lagi tebal hujan, embun dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, lazimnya kita menggunakan hutan yang tebal. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih. | Sdr. Gan, 1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah. 2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila 3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah 4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya. | Makna | 01.12.2010 |
Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |