| Adakah hutan simpan di sesuatu lokasi perlu dieja dengan huruf besar seperti Hutan Simpan Bukit Nanas atau Hutan Simpan Pasoh? Atau memadai dengan hutan simpan Pasoh. | Frasa yang merujuk nama khas perlu ditulis dengan huruf besar. Hutan Simpan Bukit Nanas dan Hutan Simpan Pasoh merujuk kepada nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
| Hutan simpanan @ hutan simpan yang mana betul? | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 07.05.2012 |
| Apakah perkataan yang sesuai :hutan simpan atau hutan simpanan. | Istilah yang betul ialah hutan simpan. | Istilah | 26.04.2011 |
| Istilah bahasa Inggeris untuk 'hutan simpan' | forest reserve | Istilah | 19.04.2011 |
| di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima? | Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
| Salam sejahtera. Saya memerlukan sedikit pencerahan berkaitan istilah "preserve" yang digunakan untuk merujuk kawasan dipelihara alam semula jadinya untuk dilawati oleh pengunjung. Bolehkah dinamakan kawasan itu sebagai kawasan simpan? Adakah berbeza dengan kawasan yang dikatakan "reserve" yang juga membawa maksud "simpan", misalnya hutan simpan. Terima kasih. | Preserve membawa maksud memelihara sesuatu supaya dapat disimpan lama. 2. Melindungi sesuatu kawasan seperti hutan dan lain-lain daripada dirosakkan atau pupus. Istilah "preserve" biasanya digunakan untuk merujuk kepada "awet", manakala istilah "reserve" merujuk kepada "simpan". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.01.2015 |
| apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |