Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hutangnya

Peribahasa

Utang (hutang) tiap helai bulu.

Bermaksud :

Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah.adakah ayat tersebut betul atau salah Sebelum berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutang-hutangnya.Ayat yang gramatis ialah Sebelum Berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutangnya.Tatabahasa03.11.2011
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. 

Berikut penggunaan yang betul.
a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu?
Tatabahasa16.08.2013
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Bawang merah yang ditumbuk oleh ibu itu sudah retak. (2) Fikiran Ramli kecoh memikirkan beban hutangnya itu.Pada pandangan kami kedua-dua ayat adalah salah.Tatabahasa25.07.2014
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014

Kembali ke atas