Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka http://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
pokok kelapa ----- dipukul tiupan angin. A liang liuk B huyunng hayang . saya nandhana memohon penjelasan. | Untuk makluman, dalam konteks ayat tersebut, yang bergerak-gerak apabila ditiup anginnya pokok kelapa. Sebaliknya, daun kelapa. Perkataan yang paling sesuai ialah melambai-lambai. Contoh ayat: Daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Manakala, terhuyung-huyung pula bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya). | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |