| Assalamualaikum... Saya perlukan kepastian untuk terjemahan perkataan mass hysteria. Di pangkalan data prpm diberikan sebagai histeria massa dan histeria am. Mana satukah yang betul? Saya temukan di http://www.beritaharian.sg/dunia/lebih-50-pelajar-guru-alami-histeria-di-sekolah-di-kelantan menggunakan "histeria beramai-ramai". Yang ini lebih difahami bagi saya orang awam berbanding yang prpm berikan. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Penggunaan histeria massa (bidang perubatan) dan histeria am (bidang pendidikan) boleh digunakan untuk bidang berkenaan. Jika untuk penerangan kepada orang awam, histeria beramai-ramai boleh diterima. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 06.07.2017 |
| Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan perkataan "meme" dalam contoh ayat yang berikut: A suburban teen girl and her little brother must stop a terrifying internet meme brought to life by the hysteria of their parents. Melalui carian dalam talian, "meme" boleh ditakrifkan seperti di bawah: meme /miːm/ noun noun: meme; plural noun: memes 1. an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. 2. an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by internet users, often with slight variations. Semoga contoh-contoh yang diberikan boleh memberikan konteks maksud dan penggunaan yang membolehkan pihak Tuan/Puan dalam memberikan istilah yang sesuai untuk digantikan dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah meme ialah meme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.09.2022 |