Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata i e

Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana penggunaan kata e- di pangkal ayat? Contoh, E-mel, E-Mel atau e-Mel? E-dagang, E-Dagang atau e-Dagang? E-waste, E-Waste atau e-Waste?

Ejaan e-mel, e-dagang, dan e-buangan/e-sisa pada pangkal ayat hendaklah ditulis menggunakan huruf besar bagi huruf pertama, seperti yang berikut:

i. E-mel
ii. E-dagang
iii. E-buangan/E-sisa (E-waste)

Ejaan14.11.2024
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih.Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor.Tatabahasa23.07.2015
soalan : perkataan erat - saya mencari kamus dewan edisi keempat sebutan e adalah e pepet sebab tiada tanda / pada perkataan e , betul tak? Biasanya sebutan e kita sebut e taling.Huruf/Sebutan: 
  • e pepet: e (e·mak)
  • e taling: é (é·kor)
  • Tatabahasa17.07.2014
    Saya memerlukan pengesahan ejaan perkataan yang mengandungi singkatan elektronik ‘e-‘ bagi: 1. Permulaan ayat sama ada e-Pembayaran / e-pembayaran / E-Pembayaran / E-pembayaran. Contoh, E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet. 2. Pertengahan ayat perlu menggunakan huruf besar atau tidak. Contoh, Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam. 3. Tajuk. Contoh, Modul E-pembayaran Sistem Trafik.Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

    1. Ejaan untuk permulaan ayat ialah E-pembayaran. 
    Contoh ayat yang betul ialah E-pembayaran merupakan pembayaran eletronik yang menggunakan kad debit, kad kredit dan e-dompet.


    2. Ejaan untuk pertengahan ayat ialah e-pembayaran. 
    Contoh ayat yang betul ialah Pelaksanaan e-pembayaran memudahkan orang awam.


    3. Ejaan untuk tajuk ialah Modul E-pembayaran Sistem Trafik.
    Ejaan08.12.2020
    Yang manakah betul? e-sukan E-sukan E-Sukan e-Sukan mohon pencerahan.Ejaan yang betul ialah "e-sukan". Sekiranya perkataan ini terletak pada awal ayat, huruf pertama perlu menggunakan huruf besar, iaitu"E-sukan".Tatabahasa18.07.2024
    Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan?Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami.Tatabahasa27.02.2015
    apakah maksud e taling dan e pepet.

    Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling  manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.  Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti satetaugelogo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

    Tatabahasa26.06.2018
    Salam sejahtera, konsonan 'e' dalam kedua-dua perkataan di bawah ialah e peper atau e taling? Beban Dedahkonsonan 'e' dalam kedua-dua perkataan "Beban" dan "dedah" ialah e pepet. Simbol bunyi untuk e pepet [e] dan simbol bunyi untuk e taling [ə].Ejaan25.04.2018
    Bagaimana untuk saya bezakan antara e taling dan e pepet? ada tak formula tertentu untuk mengenali e taling dan e pepet?Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate dan tauge. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300.Tatabahasa29.09.2014
    Assalamualaikum.. Yang manakah betul? portal e-pembelajaran interaktif Portal E-Pembelajaran Interaktif Portal e-Pembelajaran Interaktif Portal E-pembelajaran Interaktif PORTAL E-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL e-PEMBELAJARAN INTERAKTIF PORTAL E-pembelajaran INTERAKTIF Terima kasih yaPenggunaan yang betul ialah portal e-pembelajaran interaktif.Tatabahasa28.03.2019
    12345678910...

    Kembali ke atas