Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum | 1. Ayat pertama dan kedua adalah betul. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "It is difficult, if not impossible"? 1. Ia sukar, jika tidak mustahil 2. Ia sukar, ia tidak mustahil 3. Lain-lain (Sila nyatakan pendapat anda) Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "ia sukar, tetapi tidak mustahil". | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2014 |
Abdul Raqiib Basiran Jun 19th, 2:58am Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. | Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan. | Tatabahasa | 19.06.2014 |
Tuan/Puan, Saya telah semak maksud dalam Kamus Dewan untuk perkataan "melontar" dan "melontarkan". Saya masih tidak faham akan perbezaan penggunaannya dalam ayat 1, ayat 2 dan ayat 3. Apakah jawapan yang betul untuk ayat 4? Ayat 1: Ia melontar lembu itu ayat 2:Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah ayat 3: Ia melontar batu ke arah lembu itu Ayat 4: Dia ______ lembu itu dengan batu. | Melontar bermaksud membaling sesuatu, manakala melontarkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk melontar/membaling. Oleh itu, lihat pembetulan bagi ayat yang salah: 1. Ia melontar lembu itu - menjadi - Ia melontar lembu itu dengan batu 2. Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah - betul 3. Ia melontar batu ke arah lembu itu - menjadi - Ia melontarkan batu ke arah lembu itu 4. Dia melontar lembu itu dengan batu - betul | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Abdul Raqiib Basiran 19/06/2014 2.58 PAGI Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut. 2. Penggunaan kata tanya "apa, di mana, yang mana". Adakah "apa" juga dibolehkan sebagaimana contoh ayat berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna, di mana tempat itu sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo, yang mana telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. Menurut Kamus Dewan, penggunaan "apa" dalam konteks ini dibolehkan. 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan Sekian. Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1. Untuk makluman, ia merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. 2. Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang kamu cuba katakan. ii. Mereka mengadakan pertandingan itu di dewan serbaguna yang sememangnya menjadi tempat tumpuan orang ramai. iii. Telefon bimbit berjenama Lenovo yang telah diuji oleh Rashid itu mempunyai ketahanan bateri yang lama. | Tatabahasa | 19.06.2017 |
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) Ianya | Pemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Penggunaan Tatabahasa dalam kalangan guru di perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Bagaimana pula jika penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang diterima pakai seperti : 1. 'Ia' dikatakan boleh digunakan untuk haiwan dan benda) ? 2. Bolehkah diberikan penerangan tentang 'ialah' dan 'adalah' dengan lebih ringkas kerana kalangan murid bukan Melayu dan penutur asli ada yang tidak boleh membezakan penggunaannya. 3. Penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' juga banyak kekeliruan. Bagaimana cara yang mudah untuk menerangkan kepada bukan penutur jati yang masih di bangku sekolah rendah dan ada juga di sekolah menengah? | 1. Ia ialah ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan ,oleh itu ia boleh digunakan untuk bukan manusia. 2. Ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama (Ayah Ali ialah Ahmad), manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif (Baju itu adalah baik) dan frasa sendi nama (Matlamat utama penubuhan unit ini adalah untuk ...). 3. Kata bantu boleh digunakan untuk maksud keizinan, contoh; Mereka tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya. Kata Bantu dapat digunakan untuk maksud keupayaan, contoh; Ayah masih tidak dapat melakukan kerja-kerja yang berat kerana badannya masih lemah. | Tatabahasa | 13.09.2008 |
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang. 2. Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Assalamualaikum.... Bolehkah kata ia diguna pakai selain daripada manusia. cth. 1.Kereta itu berwarna merah, ia diimport dari Jepun. 2. Perkara itu amat penting,ia perlu diselesaikan dengan segera. | Dalam ayat pertama, 'ia' boleh digunakan kerana ia merujuk perkara atau benda yang dibicarakan. Manakala dalam ayat kedua, 'ia' boleh ditiadakan dengan menggantikannya dengan 'dan'. | Makna | 28.11.2007 |
1. Bagaimanakah penggunaan kata 'ia' dengan betul? Ayat : Komputer merupakan satu yang penting dalam era glbalisasi kini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah memudahkan kerja penyimpanan data. Adakah penggunaan 'ia' dalam konteks ayat di atas betul? Adakah 'ia' cuma digunakan untuk manusia sahaja? | Ayat tersebut betul. Ia ialah kata ganti nama ketiga. Boleh juga digunakan untuk benda. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |