Bulan Bahasa dahulunya diadakan pada bulan September. Mengapa sekarang ii telah ditukarkan kebulan Oktober | Bulan Bahasa Kebangsaan adalah kesinambungan kepada Bulan Bahasa dan Sastera Negara(BBSN). Ia mula diperkenalkan pada tahun 1999 dengan tujuan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Bahasa dan sastera perlu berperanan sebagai unsur yang dapat membentuk peribadi, menyuburkan nilai murni, memantapkan rasa kesamaan dan mengeratkan perpaduan dalam jiwa setiap warga merdeka. Bermula tahun 2009, program BBK diadakan pada bulan Oktober kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan September. | Lain-lain | 27.10.2010 |
1. Ejaan yang betul : definisi atau definasi atau difinisi 2. Adakah penggunaan perkataan "ialah" dan "adalah" sesuai untuk semua jenis ayat bekaitan. Ataupun ia terbahagi mengikut jenis-jenis tertentu? | i. Ejaan yang betul ialah definisi. ii. Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh : i. Anak ialah anugerah Allah. ii. Kursus ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan format surat rasmi. | Ejaan | 26.03.2008 |
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih. | i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan. | Tatabahasa | 21.08.2007 |
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang | Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan. Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Makna | 31.07.2009 |
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan? | 1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja), ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif), iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama) 2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia. 3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking. | Istilah | 13.03.2009 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung | 1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang 2. merundung bermaksud mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini. | Tatabahasa | 02.10.2011 |
Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan. | Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami. Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN- (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang. Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya: Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
merujuk kepada jawapan no.14, sekiranya saya beri contoh seperti berikut: I) saya TELAH belajar bahasa Melayu semalam. II) saya PERNAH belajar bahasa Melayu semalam. soalannya, tepatkah makna kedua-duanya? | Encik Ahmad Sabri, Jika mengikut bahasa Melayunya, perkataan pernah dan telah adalah pengaruh bahasa Inggeris. Tanpa penggunaan kedua-dua perkataan itu memberi makna yang sama. Cuma dalam bahasa Melayu ia akan lebih jelas dan mudah jika gunakan, semalam saya belajar bahasa Melayu | Tatabahasa | 11.10.2010 |