Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) IanyaPemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan.Tatabahasa24.09.2012
Mengapakah 'ia' tidak boleh lagi diguna pakai?Ia masih digunakan, yang tidak digunakan ialah ianya - ia dan nya, kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga.Tatabahasa11.07.2010
Saya difahamkan bahawa perkataan/istilah "IANYA" adalah tidak boleh digunakan. Kalau ini betul, istilah ini kini digunakan dengan meluas dalam hasil carian PRPM. Mohon pencerahan. Terima kasih.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya.Makna18.05.2019
Salam sejahtera! Di dalam proses transkripsi, jika diberikan perkataan "ianya", haruskan "ia" dan "nya" dipisahkan? Saya difahamkan bahawa penggunaan perkataan "ianya" adalah salah. Oleh yang demikian, apakah transkripsi yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.Ianya tidak boleh digunakan dalam ayat kerana ia dan nya ialah kata ganti nama diri ketiga. Perkataan yang boleh digunakan ialah ia yang merupakan kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk bukan manusia. Lain-lain12.08.2020
Salam, Yang mana satu betul? Menurut PRPM (tatabahasa) penggunaan "ianya" tidak boleh digunakan tetapi perkataan ini terdapat dalam Kamu Dewan ke-4, contoh: dendam: "Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu".Untuk makluman, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya.Tatabahasa25.03.2017
Salam Tuan/Puan, Setahu saya perkataan 'ianya' tidak boleh digunakan dalam ayat. Bagaimana sekiranya terdapat ayat yang berbunyi "ianya tidak mungkin berlaku" atau "statistik tidak langsung menunjukkan ianya merosot". Sekian, terima kasih.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "ia tidak mungkin berlaku" dan "statistik tidak langsung menunjukkan kemerosotan".Tatabahasa20.03.2015
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih.1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya.
2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa11.06.2020
salam.tolong jelaskan kemusykilan saya: 1. Bolehkah 'ianya' dignakan dalam ayat? 2. Bolehkan kata ganti nama 'ia' digunakan untuk merujuk benda? 3. apakan perbezaan 'ialah' dan 'adalah'? tqIanya tidak boleh digunakan dalam ayat kerana ia dan nya ialah kata ganti nama diri ketiga. Ia boleh digunakan untuk merujuk benda kerana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ia ialah kata ganti benda yang dibicarakan. Kata ialah digunakan di hadapan frasa nama seperti :Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. Kata adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti : Sumbangan besar beliau adalah dari segi kewangan. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 263-264. Tatabahasa16.06.2008
Assalamualaikum dan hi, saya ingin mengajukan soalan berkenaan tatabahasa: Boleh saya tahu, adakah perkataan "ianya" dan "memperbaharui" betul daripada segi tatabahasa (sumber: Kamus Dewan Perdana)? Jika ya, apakah kaedah penggunaan kedua-dua perkataan ini? Ini kerana jika mengikut tatabahasa, "ia" dan "nya" tidak digunakan sebagai satu perkataan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama ketiga. Manakala, untuk perkataan "memperbaharui" pula, jika tidak silap, penggunaan imbuhan "memper" yang dipadankan dengan kata adjektif tidak boleh diletakkan imbuhan di belakang seperti "i", "kan". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Perkataan "ianya" banyak ditemukan penggunaannya dalam wacana/teks bahasa Melayu dan kamus menghuraikan maksudnya. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan yang standard khususnya dalam penulisan rasmi, perlulah merujuk rumus tatabahasa. Kata "memperbaharui" pula terhasil daripada apitan memper-   -i dan apitan ini tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu. Kata "memperbaharui" sama maksud dengan "membaharui" dan kata ini wujud hasil daripada pengembangan bahasa. Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga menghuraikan apitan memper-...-kan dengan kata kerja dan kata nama, tiada rumus yang sedemikian untuk apitan memper-...-i.Tatabahasa16.01.2024
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.  Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Tatabahasa30.04.2019
1234567

Kembali ke atas