Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ibadah
Rujuk :ibadat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010
Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih.1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing.

2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci).

Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan27.05.2024

Kembali ke atas