ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke? | Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. | Lain-lain | 25.03.2010 |
peribahasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung. Tidakkah sebetunya begini; ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. dan kalau mahu melentur buluh, barlah dari rebungnya. terima kasih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, ibarat burung: mata lepas badan terkurung bermaksud tidak ada kemerdekaan. Peribahasa umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung pula bermaksud anak gadis dalam pingitan. Peribahasa melentur biarlah waktu rebung bermaksud mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. | Lain-lain | 08.04.2012 |
maksud ibarat menepuk air di dulang | Perbuatan yang sia-sia yang memaparkan kelemahan diri sendiri. | Makna | 10.10.2008 |
Apakah maksud 'kubur tanpa nisan' dalam konteks ayat ini: 'idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan? | Contoh ayat yang diberikan tidak lengkap, walau bagaimanapun, “kubur tanpa nisan” merupakan sejenis kiasan, iaitu ibarat. Jika dilihat pada konteks ayat, “idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan” boleh membawa pengertian "sesuatu yang diimpikan atau impian yang akan musnah tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk". | Makna | 06.05.2020 |
dia sering mengalami masalah kewangan kerana cara anaknya berbelanja ibarat....? apakah peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas? | Peribahasa yang sesuai ialah 'diperbesar isap(hisap), hitam bibir. Rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussaian. | Makna | 29.04.2009 |
Assalamualaikum. Saya ingin menyertai sayembara pemulisan mastera tersebut tetapi e-mel yang diberi ibarat tak berfungsi kerana sistem beberapa kali gagal menerima penyertaan saya. | Salam puan budiman, Untuk makluman pihak puan, e-mel Mastera telah diaktifkan, dan pihak urus setia telah menerima beberapa penyertaan melalui e-mel mastera@dbp.gov.my, Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:Puan Roslida binti Mustapha melalui talian telefon: 03-2147 9126 Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk makluman selanjutnya. Sekian, Terima kasih.
| Lain-lain | 01.01.2020 |
pak samad seorang yang rajin. dia mendpat keuntugan berlipat kali ganda hasil usaha kerasnya. sifat pak samad ibarat peribahasa apa? | Data peribahasa disusun mengikut perbilangan itu sendiri bukan mengikut makna. Oleh itu, suadara perlu menyemak setiap entri peribahasa untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan semak satu per satu perbilangan tersebut. | Lain-lain | 23.03.2013 |
BAHASA KIASAN | Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 18.12.2006 |
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQ | Pihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. = sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Assalamualaikum. Boleh tak terangkan maksud kiasan berkacau? | Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Kiasan berkacau tiada dalam pangkalan data kami. | Makna | 17.07.2014 |