Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ib.ni] | ابن

Definisi : Ar anak laki-laki: Sayidina Umar ~ al-Khattab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ib.ni] | ابن

Definisi : , ibnu anak lelaki kpd; bin: Umar ~ al-Khattab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibni


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jelaskan penggunaan 'ibni' dalam ejaan nama kerabat diraja. Siapakah yang wajar menggunakan 'ibni' dan bukan bin?Penggunaan "ibni" dalam ejaan nama kerabat diraja merujuk "bin". Penggunaannya amat terhadap kepada Sultan, Tengku Mahkota,  dan Raja Muda.Makna09.09.2014
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum"

2. Kedua-duanya dibenarkan.

3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia.

 

Tatabahasa15.11.2011
Penggunaan gelaran Sultan - Sultan di Malaysia Nama Plate - Sultan JohorDaulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan dan Yang Dipertuan negeri Selangor Darul Ehsan Segala Daerah Takluknya menjunung kasih Atas keberangkatan DYMM Tuanku ke Pavilion Aston Martin Sempena Asia Klasika 2013 pada 6 Okotber 2013 Sembah Takzim daripada Lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan ASTON MARTIN KUALA LUMPUREjaan03.10.2013
Adakah perkataan Almarhum perlu diletakkan sebelum perkataan DYMMAlmarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Soalan

Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu untuk anak raja atau untuk orang yang berketurunan raja. Yang Mulia ialah nama rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Syed, Raja, Engku, Ungku atau Datu.

Ibnu ialah kata nama bagi anak lelaki. Kata ini biasanya berada pada pangkal nama seseorang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Ibnu Umar. Ibni juga merupakan kata nama bagi anak lelaki. Namun, kata ini biasanya berada di antara dua nama orang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Saidina Umar ibni al- Khattab.

Kata nama yang betul bagi contoh yang diberikan ialah DYMM Raja Daud ibni Raja Talib.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 797, 2324 dan 2521.

Bagi soalan 3 hingga 9, sila rujuk buku yang berkenaan. Antara buku yang boleh dirujuk ialah Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Tatabahasa20.12.2024
Kami ingin mendapatkan kepastian sama ada gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku seperti di dalam lampiran. Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon kepastian berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2.Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3.Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4.Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5.Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah 7.Yang Mulia Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebarang rujukan rasmi atau garis panduan kepada kami dan dapat menyegerakan urusan kami ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini ialah pada 5/8/26
Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.

Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.

Lain-lain03.08.2026
Kami ingin mendapatkan pengesahan gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku: Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon pengesahan berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4. Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6. Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah 7. Yang Mulia (Y.M) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Sekiranya terdapat garis panduan atau rujukan rasmi berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penerbitan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebagai panduan untuk percetakan "Coffee Table Book KWSP". Kami memohon pihak Tuan dapat mempercepatkan urusan ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini adalah pada 5/8/2026. Kami sertakan contoh kapsyen yang akan dicetak nanti di lampiran fail. Terima kasih.
Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.

Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.

Lain-lain03.08.2026
Adakan perkataan Almarhum perlu dijarakkan ? Adakah Perkataan DYMM perlu diletakkan sebelum perkataan Almarhum ?Almarhum dieja dalam satu perkataan (tidak perlu jarak atau tanda sempang) dan biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim. Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Lain-lain21.01.2011
Mohd Feisal Mohd Pop JUN 29TH, 8:53AM Apa beza "Allahyarhamah" dan "Almarhumah"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal, manakala almarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Istilah29.06.2016

Kembali ke atas