Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1) Sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya. Adakah apa-apa betul? ataupun perlu digantikan dengan siapa-siapa? 2) Kami akan melihat pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini. Adakah melihat sesuai dalam konteks ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ali berasakan tiada apa-apa lagi yang ada padanya.” Perkataan “apa-apa” boleh digunakan merujuk kepada sesuatu benda, hal, keadaan dan sebagainya. Dalam ayat kedua, perkataan “melihat” boleh digunakan, namun pilihan kata “menyaksikan” lebih gramatis; “Kami akan “menyaksikan” pertandingan bunga api antara empat buah negara pada malam ini.” | Tatabahasa | 07.01.2022 |
Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ? | 1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim. 7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang). | Tatabahasa | 06.12.2009 |
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | 1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog. 2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. | Tatabahasa | 16.03.2018 |
Dia sudah agak dewasa tetapi hidupnya masih bergantung kepada ibu bapanya. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Dia sudah dewasa tetapi masih bergantung hidup kepada ibu bapanya." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Ibu bapa perlu menerangkan apa-apa yang dibaca kepada anak mereka untuk memantapkan pemahaman mereka. Penggunaan 'memantapkan' betul? | Memantapkan bermaksud menstabilkan dan kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Perkataan memantapkan boleh digantikan dengan perkataan meningkatkan untuk disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Zahid. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat ini?? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ? | Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan: Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah:
| Lain-lain | 11.03.2009 |
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar | "Pereda" ada membawa maksud. Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains. Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu. | Lain-lain | 31.05.2016 |
Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan. Melalui cara ini dapat menanam perasaan cinta akan buku. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat tersebut? | Ayat yang gramatis ialah "Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan agar dapat menanam perasaan cinta akan buku." | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Sebelum ke pasar raya, ibu akan menulis senarai barangan yang ingin dibeli. adakah apa-apa kesalahan yang terdapat dlm ayat ini?? | Ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |