1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih. | 1. ibu bapa-ibu bapa 2. markah | Tatabahasa | 07.08.2014 |
kedua-dua ibu bapa, kedua-dua orang ibu bapa, atau kedua ibu bapa, yang mana betul tatabahasanya? terima kasih. | Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Macam mana mahu eja ibu bapa-ibu bapa dalam tulisan Jawi? ايبو باڤ-ايبو باڤ atau ايبو باڤ٢ ? | Ejaan yang betul ialah ايبو باڤ-ايبو باڤ | Ejaan | 16.04.2018 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih. | Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih. | Lain-lain | 07.09.2014 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah. 2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah. 3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah. 4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran pihak sekolah. 6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah. | Tatabahasa | 23.04.2011 |
Pertanyaan mengenai penggunaan kata bilangan untuk ibu bapa. Mana yang lebih tepat - kedua ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa? | Yang paling tepat ialah kedua-dua ibu bapa. | Tatabahasa | 21.05.2009 |
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih. | Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus. | Tatabahasa | 24.07.2015 |
Salam tuan, mohon penjelasan bagaimana hendak menggandakan kata majmuk "ibu bapa". Apakah penjelasanya. Terima kasih | Salam saudara Fendi Yusof, Ibu bapa termasuk dalam kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas yang tidak mantap sama seperti maklum balas, kemas kini dan rumah sakit. Oleh itu, cara untuk menggandakan kata majmuk 'ibu bapa' adalah penggandaan penuh iaitu 'ibu bapa-ibu bapa' Namun jarang digunakan peggandaan penuh bagi ibu bapa. Yang kerap digunakan adalah 'kedua-dua ibu bapa' mahupun 'ibu bapa para pelajar' Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75) | Tatabahasa | 09.08.2012 |
kedua-dua orang ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa | Kedua-dua ibu bapa. | Tatabahasa | 03.05.2009 |